Monday, January 5, 2009

Tak Payah Sekolah Lagi..

Gambaq dari cermin belakang kereta
Gambaq dari cermin tepi.. Ya betoi.. aku tak pakai belt...Huhuhu...
Gambaq dari sebelah tempat driber
Gambaq depan kereta...
Perbualan DiBawah Ini Adalah Dirakam Secara Rahsia... Tolong Jangan Bagitau Orang Lein Ok!Bahaya!
Ni bukan cerita lawak... jadi jagan dok komen kata tak lawak okeh!?!


Bapak - Anak(nama anak dirahsiakan pasai dia pemalu)... esok hang tak payah pi sekolah dah?
Anak - Laaa.... Awat bapak? Awat baru lani nak bagitau.. Tadi pagi kalau habaq..tak payah chek penat pi sekolah.. (seghonok tak tekata)
Bapak - Aku tau hang memang baloq! Nak buat macam mana.. aku pun baloq!
Anak - Dak aih pak.. awat chek tak payah pi sekolah dah pak? Pak nak kawen lein ka?
Bapak - Heish! Kot situ pulak hang melewaq! Aku nak kawen lagi satu tu memang betoi. Tapi.. Hang tak bleh pi sekolah pasai aku tak cukup duwet la... mahai lani...
Anak - Apa yang mahai bapak? Depa kata yuran pun tak payah bayaq... chek bawak pi sekolah pun seringgit dua kupang ja...
Bapak - Yang mahai duit bas sekolah lah! Neik harga 30pehsen!
Anak - La.... Lepaih tu.. kalau chek tak pi sekolah.. chek bodo... chek nak buat keja apa?
Bapak - Lani Perdana Menteri kita (yang terrer mengikut kata beruk beruk dia) kata kena cucuk tanam... hang pi tanam cabai lah kat belakang rumah! Nanti kita bagi kering kita juai!
Anak - Bapak... chek nak tanam apa kat belakang rumah? Kita duduk flat lah bapak?! tanam dalam angin boleh lah

ulasan : hangpa pernah tengok kah kera-jaan yang takut kat pengusaha??!
Kalau depa ni tak mau kekai harga... tak payah bagi lesen lah! Bagi lesen tu kat aku. Aku pun sok sok ni kot tak dak keja boleh jadi dreber bas sekolah...
tak pun... bagi semua bas rempit... errr.... bas rapid jadi bas sekolah pree... tolong sket rakyat malaysia... lani aku tengok rakyat bukan malaysia ja yang dok enjoy ercon dalam bas bas rapid tuh!

ps#1 teringat kat Pak Abu... dreber bas sekolah aku masa sekolah rendah.... huhuhu
ps#2 ya... gambaq2 di ataih tak kena mengena dengan n3 ni.. tapi itu adalah bukti untuk bos aku... pasai apa aku sampai lambat mai keja tadi... jem teruk! ceh!!!

Surcaj tetap 30 peratus
Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA dan FARHANA HANIM MOHD. MYDIN- berita@kosmo.com.my
TEKANAN kos operasi menyebabkan tambang bas sekolah naik dan akhirnya ibu bapa yang terpaksa menanggung beban.
KUALA LUMPUR - Persekutuan Persatuan Bas Sekolah Malaysia (PPBSSM) yang enggan lagi bertolak ansur tetap merancang mengenakan surcaj 30 peratus bagi tambang bas sekolah mulai hari ini. - berani noh?
Tindakan itu adalah bukti mereka tidak mempedulikan amaran Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang mahu membatalkan permit operasi mana-mana pengusaha bas jika surcaj itu dikenakan. - tak tercabaq ka menteri menteri kita yang berwibawabawa...?
Alasan Presiden PPBSSM, Chee Ah Tey ialah pihaknya tidak mempunyai pilihan kerana pelaksanaan surcaj itu telah diputuskan dalam mesyuarat persatuan pada 6 Disember lalu. - oh... keyra meeting depa lagi besaq la... kalau dah meeting tak bleh tukaq dah?!
"Kami semakin tertekan dengan kenaikan kos operasi, penyenggaraan, alat ganti dan sebagainya yang meningkat sehingga 30 peratus.
"Kalau tidak ada surcaj, ramai ahli kami gulung tikar," katanya ketika dihubungi di sini semalam. -
gulung tikaq??! hang bawak karpet terbang kat bawak bas sekolah?!

cabaikering...

7 comments:

Tai said...

ha, tapi pengguna pun kena bijak jugak nak habaq bagi. Depa kena report kat LPKP kalau ada kes lagu ni.

Marzalina said...

haha...betoi tu kak cabai kering...aku pon setuju sangat kalau hang jadi PM..hehe...sebab PM la ni...sendirik mau pikir la..huhuhu...owhhh..hang slalu lambat gi kerja ka..aku kuaq umah 6.30 pagi tau dak..semata-mata nak elak jem hehe

kak ja said...

Bukan setakat PM la ni, yg nak mai ni pun 2x5, 5x2 sj.. kesian kat rakyat Malaya ni..

Yg si Pak ni jgn dok offer kerap2 sgt suruh anak berenti skolah.. kot2 sat lagi anak naik semangat nak berenti sungguh..

Tambang bas di sini blom naik lagi.. sbb dah naik last yr.. Tp yg sakit ati, dahle bayar utk full sebulan, tp anak kja ni ada sj hal yg memaksa kja pi fetch dia di skolah.. duit minyak lagi.... Ari ni plak ada prefects meeting, maka kenalah pi ambik lagi!!

only me ^erien'z^ said...

hahha..kaper terbng..zam2 ala kazam!

Anonymous said...

CB, jem ni kat penang ka?
penang tu tang mana?

nak elak jem, naik jet la. kuikuikui..

DrSam said...

menarik cerita kali ni. Kita semua terpalit sama.

MariaFaizal said...

Ada ka menteri-menteri berwibawa kat Malaysia nih?

Cerita dongeng ja pasai menteri-menteri nih!They pa jadi menteri bukan utk rakyat,but utk penuhkan pocket sendiri.

Cakap jangan rasuah,tapi yg bercakap tu yg bg & terima rasuah..

Sigh...