Saturday, January 3, 2009

Gaza... Dan Seksaan Yang Berterusan....

Buat seketika... aku rasa bersalah...
Macam mana aku boleh kecoh pasai tehun baru... bila depa tak cukup sehari lagipun nak hidup...
Macam mana aku boleh berkerumun kat padang kota nak tengok bunga api..bunyi meletup yang menggegaq jantung... bila bunga api yang sama hanchoqkan jantung depa...
Macam mana aku boleh susah hati anak aku dah seminggu tak makan piza bila depa dah 3 hari takdak setegoq ayaq pun nak ditelan...

Aku sebenaqnya tak pandai nak cakap pasai benda ni... Yang aku tau... anak anak sebaya anak anak aku mati dengan sia sia... Demi menjayakan agenda agenda Iblih Iblih nih..

Ya Allah... Aku Hanya Mampu Berdoa... Tabahkanlah Hati Depa... Lindungilah Depa....
Dan buat yang sudah tidak ada... Tempatkanlah Depa Di Antara Orang Orang Beriman...

Aku ambik artikel bawah ni dari belog Nuraflah.. Thanks ye dik/kak...Nampak comei girl ni..macam adik ja... Aku tak mintak kebenaran pun... Tapi takkan dia kecik hati kan... benda beik... tima kasih Nuraflah...

Untuk hangpa semua... bacalah.. memang berbaloi nak di tenung...

Aku tak mau letak gambaq... tak sanggup nak tengok... kalau nak tengok.. pi sini.... Erienz... sedey aku tengok...

MISI SEBENAR ISRAEL KE ATAS GAZA
Operasi pertama Israel ke atas Gaza hanya mengambil masa 3 minit dan 40 saat. 60 pesawat F-16 Israel mengebom 50 bangunan di Gaza, membunuh beratus orang Palestin dan beribu yang lain turut tercedera.
Beberapa jam selepas operasi kejam itu, Perdana Menteri Israel (Ehud Olmert) dan menteri luarnya, Tzipi Livni mengadakan sidang akhbar di Tel Aviv. Dia dengan angkuhnya berkata “Operasi ini akan mengambil masa yang panjang, setiap dari kita perlu bersabar supaya kita dapat menyelesaikan misi ini dengan jayanya..”Apa yang dikatakan Ehud Olmert itu memang benar. Sehingga semalam, selepas 6 hari operasi dijalankan, Israel terus membedil Gaza termasuk masjid, pejabat PBB dan bangunan parlimen.
Biarpun tindakan kejam Israel itu telah dikecam negara luar, namun Israel tetap angkuh kerana mereka tahu, dunia tidak mampu berbuat apa-apa pada mereka. Nah! Persoalan yang bermain dalam kepala kita pada waktu ini, apakah misi sebenar Israel kali ini sepertimana yang diungkapkan oleh Ehud Olmert itu dan kenapa ianya perlu mengambil masa yang panjang? Biarpun Ehud Olmert tidak menjelaskan tujuan misi kali ini secara jelas, namun banyak pihak sudah dapat membacanya.
Jika ada yang menyatakan tujuan misi Israel kali ini adalah untuk menghancurkan Hamas, itu adalah anggapan yang tidak benar. Kenapa? Jawapannya mudah sekali. Biarpun kali ini Israel berjaya membunuh pemimpin dan pejuang Hamas, namun pertubuhan Hamas tidak akan berkubur dari bumi Palestin. Sejak dulu lagi Israel telah berjaya membunuh ramai pemimpin dan pejuang Hamas, namun pertubuhan itu tidak pernah mengaku kalah dan mereka terus berjaya mentadbir Semenanjung Gaza serta menggugat pengaruh Fatah di Palestin. Maka, misi untuk menghancurkan Hamas adalah misi yang amat tidak realistik sekali.
Misi Israel kali ini lebih berkait-rapat dengan tarikh pilihanraya Israel pada Februari depan yang kian hampir. Serangan ke atas Gaza akan membantu parti Kadima dan Labor mengalahkan parti Likud yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu. Dalam laporan sebelum ini, parti Likud pimpinan Netanyahu dikatakan sedang mendahului pemilihan di Israel. Bila Ehud Olmert mengadakan sidang akhbar bersama Livni dan Barak selepas operasi ke atas Gaza dimulakan, semakin jelas misi kali ini adalah untuk mengetengahkan calon yang bakal bersaing dengan Netanyahu.
Imej Livni dan Barak yang digambarkan begitu ‘lembut’ ke atas Palestin oleh Netanyahu sebelum ini tentunya akan terhakis di mata rakyat Israel. Ehud Olmert ingin membuktikan kepada rakyat Israel yang mereka juga boleh bertindak ganas ke atas Palestin.
Misi Israel ke atas Gaza kali ini juga adalah untuk menampilkan kekuatan askar mereka. Selepas misi mereka di Lubnan pada 2006 yang lalu, imej dan kredibiliti tentera Israel mula tercalar. Kemampuan pertahanannya mula dipertikaikan. Mahu atau tidak mahu, mereka perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan reputasi tentera mereka di mata dunia. Kejayaan mereka membedil 50 kawasan Gaza dalam masa 3 minit tentunya mengembalikan reputasi pertahanan dan askar Israel di mata dunia.
Akhir sekali, misi Israel kali ini adalah untuk memastikan boneka mereka, Presiden Mahmoud Abbas akan terus kekal berkuasa di Palestin. Sebelum ini, Hamas dan Fatah masih gagal mencapai kata sepakat mengenai siapakah yang bakal menggantikan Mahmoud Abbas sebagai Presiden Palestin yang akan tamat tempoh pada 9 Januari 2009. Israel tentunya tidak mahu calon Hamas dipilih sebagai Presiden Palestin.
Dengan serangan ini, boneka mereka, Mahmoud Abbas akan kekal berkuasa dan keupayaan Hamas untuk menggerakkan penyokongnya menumbangkan Abbas akan dapat disekat. Ada yang menyatakan, serangan Israel kali ini adalah berkaitan dengan serangan roket Hamas. Pada saya, alasan ini bukanlah objektif utama serangan Israel ke atas Gaza. Jika mereka mahu, sudah lama mereka boleh membalas serangan dari Hamas kerana keupayaan roket buatan sendiri Hamas langsung tidak setanding dengan keupayaan pertahanan Israel yang memiliki sistem penangkis peluru berpandu yang serba canggih dan lengkap.
Dalam tempoh 6 bulan terakhir ini, kita dapat menyaksikan bagaimana kabinet Israel mengadakan begitu banyak pertemuan dengan pemimpin Arab dan Mahmoud Abbas setelah gencatan senjata berjaya dimerterai.
Tentunya, Israel menggunakan kesempatan itu untuk merancang strategi yang paling berkesan bagi memastikan mereka dapat terus berkuasa di bumi Palestine. Perkara ini sudahpun didedahkan dalam beberapa siri laporan Al-Jazeera sebelum ini.Jika anda berada di pihak Palestin, mustahil anda tidak akan bertindakbalas ke atas kekejaman Israel dan sekutunya yang telah bertindak menutup pintu sempadan, menyekat bantuan antarabangsa dan memotong bekalan tenaga di sepanjang tempoh genjatan senjata dipersetujui.
Jika Israel benar-benar ikhlas mahu mengembalikan kestabilan di rantau itu, mereka tentunya tidak akan menggunakan kekerasan kerana mereka sudah sedia maklum, keganasan hanya akan dibalas dengan keganasan.
Celakalah Pembunuh Pembunuh Kejam Tu Semua...

cabaikering...

19 comments:

Sedingin Salju said...

Jadi nak habaq bagi, umat islam la ni, kenalah bersatu-padu.

encik cibon said...

ape yg terjd kat afghan nie sebnarnyer??bukan dah lame ke dorg berperang...arituh dgr dalam khutbah jumaat tp x tahu ape sbb lame dah x dgr berita...

Faizal Zakaria's Blog said...

apalah nak jadi :-(

Selamat Tahun Baru 2“00”9 :-)













Takkan Melayu Hilang Di Dunia
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Kite Pakat Undi BN Deh :-)
http://pro-faizal.blogspot.com

Nur Aflah said...

Salam..

Diizinkan dan terima kasih kerana menjadi rakan saya di nuraflah.blogspot.com

CaBaiKeRinG said...

encik jibon yang kiut!

hang dok buat lawak... orang cakap palestin dia dok kalut kat afghan!!!

faizall.. selamat tehun baru...

nuraflah... thanks dear!

anaiz said...

insaf seketika betapa bertuahnyer kita di malaysia neh..

salam kenal-kenalan..
jejalan, terjumpe blog ni.

-anaiz-

hOOdedLicIOUS said...

Meh semua rakyat malaysia beragama Islam pakat2 buat sembahyang hajat mintak Allah lindungi depa2 yang menjadi mangsa kekejaman iblis israel laknatullah ni..kalau Muslim satu dunia buat sembahyang hajat serentak insyallah depa semua terlindung dari bahaya n bencana..lebih baik dari dok kumpoi ramai2 hantaq memo teriak2 bakaq bandera la apa la..hmm..

Daddy Cool said...

Akhir zaman dah ni...daddy add blog nih!

dr.radzi said...

aslmkum....

palestin bukan isu 'mereka' tapi isu 'kita'. mari kita bgtau orglain ttg isu semasa 'dunia islam'. huhu...

terima kasih sudi ke blog saya. boleh, apa salahnya. nak panggil kak ape ni? hehe...

Sheikh said...

Berpunca dari Umat tinggalkan Muhammad sedangkan Muhammad tidak pernah tinggalkan Umat !

Cik Ani said...

Rasa insaf dan baru rasa nak sedar diri sendiri betapa bersyukurnya kita ni menjadi rakyat malaysia...............

kak ja said...

Betoi CB, dlm kita dok seronok megheya sambut ini itu, makan mewah, tidur nyenyak selesa, kita selalu lupa sdr2 seIslam kita yg sengsara, lapar dahaga, kehilangan insan tersyg dan mcm2 lagi..

Rasanya umat Islam sedunia perlu 'bangkit' dgn lbh gagah dan garang.. tunjuk skit kat depa, biaq depa rasa tinggi rendahnya bumi ni... Tak cukup dgn hanya 'mengutuk serangan'dan solat hajat semata2.. walaupun tak dinafikan doa itu senjata org mukmin..

::SRISUFI:: said...

salam cabaikering

aduhhh pedas nyer...hehehe

salam kenal jugak dr sufi...

blog ni gak menarik pe...

ermmm...entah bila lah israel nak benti serang palestin...

salu bertanya....musuh apakah sebenarnya ditentang oleh israel??perang tidak setanding kekuatan....

dunia oh dunia..

sufi link cabai k...

amin said...

salam blog...

anaiz said...

CB,
saya dah link kan blog anda.
sila add blog saya okey. sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

okey, i will follow yuuuuu...!!

mebby a.k.a ezza said...

salam perkenalan cabaikering..suka lah baca en2 CB...TQ

DrSam said...

salam perkenalan,

cerita pasal palestin dan isreal memang membuat hati terbuku dan sedih. Cuma kita mampu berdoa dan menanti bila hari pembalasan itu tiba.

giler-giler azroy said...

ak.ar.sy part time trader n newbie lg..time kasih bro..bro wat bisnes cabai kering kew???

CaBaiKeRinG said...

aku tekezut tengok banyak plak komen hari ni.. huhuhu

tima kasih... anaiz...amin..mebby...drsam..srisufi..cik ani..sheikh..drradzi..daddy cool dan azroy... pasai sudi singgah kat kedai cabai kering aku...semoga hangpa mai selalu buat ramai lagi...

sapa nak beli... murah murah aku tolak...

huhuhu...