Tuesday, January 20, 2009

Masa Untuk Kita Elakkan Kencing Manih!

Ya... ni bukan mulut aku

Mulai tarikh yang akan aku bagi tau kemudian...


Aku tak mau dah makan makanan manih
Aku tak mau dah minum milo ais kat kedai mamak
Aku tak mau dah pi makan cendoi kat penang road
Aku tak mau dah minum ayaq nyok kat seagate
Aku tak mau dah beli coklat kat anak aku
Aku tak mau dah beli pop corn kat Giant
Aku tak mau dah hidang ais manih kat orang yang mai rumah aku
Aku tak mau guna kek untuk harijadi anak aku




Aku bukan tak mau sebenaqnya... Aku tak mampu...
Aku tau barang ni semua nanti neik harga... Pasai mangkuk hayun tu semua nak bagi neik harga gula pulak..


Hangpa tau dak lepaih raya cina ni... lebeh kurang 45000 akan jadi penganggoq...?
Boleh lagi hangpa nak penaik harga barang dalam masa macam ni?


Aku kesian kat orang Palestin... dah lebih 1300 orang mati takat la ni..
Aku seriau... berapa orang kat Mesia pulak nak mati pasai kurang kandungan gula dalam badan.. err.. boleh mati ka macam tuh?


Price of sugar might go up: Shahrir
By ZULKIFLY MOHAMAD
BUTTERWORTH: The price of sugar might go up after Chinese New Year, said Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Shahrir Abdul Samad.
He said the quantum would be increased in stages -- between three and four months each time.
He said although the price of imported sugar had increased over the years, the price had not seen any change locally.- The Star


Aku tak paham....


Ada orang bodoh ni... buang anak dia dalam tong sampah lepaih gaduh dengan bini dia pasai dia tak pecaya yang tu anak kandung dia.. Dia rasa bini dia mein kayu tiga... Aku harap orang ni masuk wad gila... Anak tu tolonglah bagi kat orang yang ada akai sikit bela... Kesian jugak ramai orang yang dok merayap cari bomoh pasai tak dapat anak.... Aku tak tau apa boleh jadi kat budak umoq 6 bulan tu kalau pak guard super kepochi tu tak nampak...


Baguih jugak kalau ada orang kepochi ni disekeliling kita...!



Kaldei!


Campak bayi marahkan isteriOleh Hadzlihady Hassan dan Ahmad Tajol Ansar Ibrahimam@hmetro.com.my
AMPANG: Perselisihan faham dengan isteri menyebabkan seorang suami hilang pertimbangan hingga sanggup bertindak kejam membuang bayinya yang berusia enam bulan ke dalam tong sampah berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa, awal pagi semalam.Insiden itu dilihat seorang pengawal keselamatan yang bertugas di kawasan berkenaan tanpa disedari pasangan terbabit.Dalam kejadian jam 5 pagi itu, lelaki terbabit mulanya dilihat bersama isteri menaiki Proton Wira hitam sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.Lelaki itu kemudian keluar dari kereta lalu mengambil bayi terbabit yang diletakkan di tempat duduk belakang sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.
Isterinya cuba mengambil kembali bayi terbabit, namun lelaki berkenaan menarik tangannya masuk ke dalam kereta sebelum memecut laju.
Menurut sumber polis, lelaki berkenaan berang kerana mendakwa isterinya berlaku curang selain tidak mempercayai bayi terbabit anaknya sendiri.Menceritakan kejadian terbabit, pengawal keselamatan itu, Hairul Azwan Hamid, 29, berkata mulanya dia ternampak sebuah kereta berhenti berhampiran tong sampah di stesen LRT terbabit sebelum terdengar orang bergaduh. “Saya melihat seorang lelaki dalam keadaan marah keluar dari kereta dan pergi ke tempat duduk penumpang sebelum terdengar wanita itu menjerit.“Saya hanya memerhatikan perbuatan mereka kerana enggan masuk campur,” katanya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di Kampung Warisan.Dia mendapati lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali diikuti jeritan wanita itu yang semakin kuat.“Saya perhatikan kaki wanita itu berada di luar menyebabkan dia cedera akibat tindakan lelaki terbabit menghempas pintu kereta beberapa kali,” katanya.Hairul segera mencatat nombor plat kereta terbabit kerana khuatir berlaku perkara buruk sambil terus memerhatikan mereka.Tidak lama selepas itu, lelaki berkenaan membuka pintu belakang kereta dan membawa satu ‘objek’ sebelum membuangnya ke dalam tong sampah.“Selepas ‘objek’ itu dibuang, saya lihat wanita terbabit keluar dan cuba mengambilnya kembali, tetapi dia dihalang lelaki berkenaan dan ditarik masuk ke dalam kereta.“Apabila cuba sekali lagi mengambil ‘barang’ dalam tong sampah itu, dia ditarik semula sebelum lelaki itu memecut kereta,” katanya.Disebabkan perasaan ingin tahun, Hairul pergi ke tong sampah itu dan ketika menghampirinya, dia terdengar suara bayi menangis.Sejurus melihatnya, dia terkejut kerana mendapati objek terbabit seorang bayi comel sebelum mengangkatnya keluar dari tong sampah.“Saya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang,” katanya yang kecewa dengan perbuatan dilakukan lelaki itu.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil ketika dihubungi, berkata pasangan suami isteri terbabit sudah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya kira-kira jam 4.30 petang semalam.“Mereka yang berusia 30-an itu direman bagi membantu siasatan bermula hari ini. Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.



cabaikering...

17 comments:

DrSam said...

manis mulut - photo yang simbolik.

Malaysia tidak kebal rupanya sebagaimana digembar gemburkan oleh ahli politik yang hanya bermanis mulut didalam media.

kak ja said...

Umah kja, sekilo gula boleh tahan berminggu2, CK!! Tp still lah, kja x setuju dgn kenaikan harga gula.. Nnt harga teh kopi tarik tolak semua pakat naik.. Wpun kja x minum semua tu dan ttp setia dgn ayaq suam yg x pyh bubuh gula, kesian dkt org yg x serupa taste minuman dgn kja..

Sedingin Salju said...

Tak pa, kita bagi tetamu pekena ayaq suam atau ais kosong.

MariaFaizal said...

CabaiKerinG,
Susah I nak 'sacrifice' things listed in your list tu :)

I x suka minum drinks yg manis but cake, chocolate, popcorn - I heart them, heheh

And, yes I agree dgn DrSam - pix mulut penuh sugar tu memang simbolic, analogy yg sesuai utk menggambarkan politicians kita.

One day hopefully kita dpt 'jumpa'gambar tebu planted kat lips pulak, even more accurate, kan?

madbosco said...

salam... gula-gula naik harga tak ?

damn... jantan dayus, pancut dalam pandai... zuriat dah kluaq tak mengaku plakk...

nurul said...

gula naik lagi??? adoi lepaih nie semua kena bw bekai air keluaq umah....

lelaki mangkuk hayun.... sanggup dia bt kat anak yang baru nak kenal dunia... bodoh kalu dah tak mau anak x payah arr projek....

rerama salju said...

CK,
I suka sumer yang manih....minum pon nak manih,molot pon manih ,senyum pun manih u!

tigrismalaya said...

neh yang hnagen kalo sanggup wat baby cenggitu...

w/pown bukan anak sendiri katanyer tergamak jantan lahabau wat gitu...

benci!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monkey D Luffy said...

makin kaya ler RAJA GULA malaysia... eh... dia duduk HK dah

kakpiah said...

seksi sunggoh gambaq mulot tuu..

yg pasai org buang anak dlm tong tu mmng mangkok la..
kalo aku maw aku tikam ja yg jantan tu..
kuang ajaq..
dah la budak tu comey...

kuIna Jentayutiara said...

aja... sy beli gula sekilo 1 bulan lepas... errrrr sy minum air suam aje...

tp harga kuih muih akn naik ooooo

cenohongcenehet said...

ha tu dia....
pasni jgn mkn yg manis2..
sat g kne kencing manis...
n jgn mkn masam2..
tukaq lak nnt jadi kencing masam...
hehehehehe...
kak,gula2 kt kedai agak2 naik tak pasnih???

CaBaiKeRinG said...

sam.... tulah.. kan bagus kalau kita yang jadi menteri! hahaha

kak ja... tu la.. lepaih ni teh tarik jadi teh tolak la plak..

teddy bear - lepaih ni, jangan kata ayaq saja kosong... roti pun hidang kosong lah

CaBaiKeRinG said...

marai - kena cari orang yang pantai photoshop tolong nih!

madbosco - mestilah depa pun amik can nak neik harga

nurul - tu la kan... kesian baby tuh!

CaBaiKeRinG said...

rerama - kenching manih suka?

tigris - kalau laki kita macam tu.. mau mampos kan? huhuhu

monyet - oh.. tokeh dah lari pi hongkong lah?

CaBaiKeRinG said...

kulna - tu la.. lani sebijik empat kupang... lain kali lima kupang la plak kot...


cenohong - kita kena pantang asam pulak la lanih!

*SiRibenMerah said...

iskkk.. I nk la mulut cam dlm pic tuh akak.. hahahaha.. well, politicians mmg camtuh.. ada akai tamau pakai..

*erkk, same goes to my big bro..I neh mmg allergic ngan politicians la.. hahaha.. matilah kne ligan ngan tebu kalo my bro baca neh.. kak maria, will u help me?? hahahahaha =P~

*adios sis cabai..