Thursday, January 15, 2009

Posting Yang Ke-50

Selamat Posting ke-50 Cabai Kering

Semoga panjang umoq dan murah rezeki hang...

Yang ikhlaih....

CabaiKering....

Ceriti Hari Ni (SAWI vs VOLVO S80)
yang ni kereta volvo s80 kuasa 3.2


yang ni kebanggaan... proton savvi @ sawi

Aku bukan nak hina... tapi aku tak boleh tahan baca paper hari ni... aku rasa macam nak muntah... kalau aku muntah.. busuklah panchoq aku.... kesian la kat mak indon aku... nak kena basuh panchoq lagi sekali...

Maka aku dengan rendah diri mintak tolong kat depa... sedaqlah diri....

Aku rasa penulih yang tulih kata keta ni baguih dapat pree 2 bijik kot... huhuu.... aku tak pitnah... aku agak agak saja....

Tapi... satu hari ni aku tak gelak langsung.... lepaih baca berita ni baru aku tergelak... tima kasih la pulak kat paper ni... pasai bagi aku gelak... time time gawat macam ni...

Sat aku nak gelak....

hahahhahahahhahahhwakawawawakakakakakakakkakakakhuhuhuhuhuhuhuhuhuhuhubrubrubruhahahahhamamamam

ya... aku dah gelak... sila sambung gelak kalau hangpa larat....

Proton Savvy 10 terbaik-metro
Terpilih antara kereta terkemuka di ThailandKERETA buatan Malaysia, Proton Savvy, terpilih sebagai antara 10 kereta terkemuka di Thailand pada 2008 oleh penulis kereta akhbar Nation.Kereta Savvy dipilih bersama dengan beberapa kereta mahal dan paling hebat dalam pasaran Thailand, antaranya Jaguar XF, BMW 320D, Volvo S80 3.2, Mini Copper S Clubman, Honda City, Honda Jazz, Ford Focus 2.0 TDCI, Mitsubishi Pajero Sport dan Subaru Impreza STI.Menurut harian itu, ramai tidak menganggap Proton sebagai jenama arus perdana di Thailand, tetapi dengan Savvy, penulis itu begitu kagum.
“Harga murah, pecutannya yang bagus dan pengendaliannya yang seolah-olah seperti go-kart (dengan teknologi Lotus) membuat kita jatuh hati dengan keluaran comel Malaysia,” kata akhbar itu.
Senarai yang disediakan setiap tahun itu meliputi pelbagai kriteria, dari nilai bagi wang hinggalah kepada daya pemanduan, prestasi, penjimatan bahan api serta gaya dan wajah yang menarik. Pengurus Besar (operasi) Phranakorn, Apichart Wangsatorntanakhun, berkata kualiti kereta menjadi faktor utama ia terpilih dan pemilihannya petanda baik bagi jenama Proton dalam pasaran dan pelancaran model lain pada masa akan datang di Thailand. “Ia adalah nilai terbaik bagi wang dalam pasaran, dengan prestasi baik seperti pengendalian serta menjimatkan. “Kita boleh beli kereta murah tetapi jika prestasinya tidak baik, kita tidak boleh bertahan dalam pasaran,” katanya ketika mengulas penyenaraian Savvy sebagai 10 kereta terkemuka itu. Ketika Proton tampil kali pertama pada akhir 2007, katanya, Savvy adalah kereta paling murah dengan harga 399,000 baht hingga 460,000 baht.Kereta Gen.2 dan Satria dilancarkan pada masa sama manakala Persona CNG memasuki pasaran Disember lalu. Apichart berkata, dalam tahun pertama beroperasi, Proton menjual lebih daripada 3,000 kereta dan Savvy menyumbang 54 peratus daripada keseluruhan jualan. “Ketika Ekspo Motor Antarabangsa Thailand ke-25 baru-baru ini, Proton menerima 863 tempahan, dan model Persona yang siap dipasang dengan sistem gas asli mampat (CNG), menjadi model terlaris,” katanya. Menurutnya, Phranakorn merancang membuka 35 hingga 40 pusat wakil jualan, lengkap dengan khidmat selepas jualan, di seluruh negara ini menjelang suku kedua 2009.- Bernama

cabaikering...

13 comments:

Kapten Luffy said...

ke 10? bior betul

MariaFaizal said...

But iklan Savvy as I recall :

Beli 'Sawi' dapat FREE raksasa :)

Marketing strategy (berbayar) yg berjaya membuatkan I LOL!

ezzati said...

haha..ada bce jugak..

anyway..salamzzz

*SiRibenMerah said...

hehehe.. I x minat langsung ngan Savvy.. hiksss =P~

Marzalina said...

nak muntah sama lah..huhuhu...fakta ka auta ni???

Tai said...

Oh baru 50 posting?

madbosco said...

la awat cek tergezut plakk... mmg pon savvy tu laku kat sana... top 10 category kreta mainan laa !!!

oyen said...

tahniah posting ke-50!!

er.i mcm minat savvy.

tak bagos ker??

p/s: tak reti bwk keter pon.

Intan Hanina said...

uih.. yako?? :o

Cyberwira said...

bg i, savy pun ok juga. Ikut pd kemampuan org juga. Kalau tak mampu beli kete yg mahal2 dpt beli savy pun takpe. Bkn semua org kat malaysia ni senang.

Anonymous said...

Oh saya sudah selesaikan tag yang anda minta..=P..

Anonymous said...

oit,
saya pengguna kereta savvy tau. sapa tak mau pakai hampa punya suka la. oohhhh..
apa2 cek bangga pakai savvy tau. ewah..!!
world peaceee, :)

CaBaiKeRinG said...

wakakkaa...

terkena kat anaiz pulak dah... cian kat hang noh!

takpa anaiz... hang memang rakyat yang baguih... sokong barang buatan mesia...

bukan macam depa depa pengomen yang lein nih... tau kutuk ja!


wakaakakkaka...

cabaikering aka batu api...