Sunday, December 7, 2008

Hari Raya Korban

Teun ni... anak kakak sulung aku (SYCO) buat korban seekoq lembu untuk depa anak beranak 7 orang... Alhamdulillah...

Dah aku pun tak tau nak belog pasai apa...aku pi carilah maklumat pasai korban ni... buat habuan aku ngan hangpa untuk jadi panduan...

NIAT IBADAH QURBAN DAN PERKARA SUNAT KETIKA QURBAN
Qurban Wajib dan Qurban Nazar : Bagi daging korban kerana sembelihan wajib seperti nazar maka hukumnya Wajib disedekahkan kesemuanya. Haram ke atas orang yang berkorban itu memakan daging tersebut. Jika telah dimakan daging itu maka Wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.
Qurban Sunat : Bagi daging korban sunat pula, adalah Sunat bagi orang yang empunya korban memakan sebahagian daripadanya sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah al-Haj ayat 28: Maksudnya : "….Maka makanlah daripadanya dan beri makanlah kepada orang-orang yang sangat fakir. Wajib disedekahkan sebahagian daripada daging-daging korban sunat itu kepada golongan fakir dan miskin yang beragama Islam dalam keadaan mentah lagi basah (belum dimasak).Adalah Afdhal jika yang empunya korban itu hanya mengambil sedikit daripada daging korban berkenaan manakala sebahagian besar daripadanya disedekahkan. Daging yang disedekahkan akan menjadi milik penerima sepenuhnya di mana dia boleh menjual, melelong atau menghadiahkan daging tersebut kepada orang lain dan sebagainya.
Jika daging korban itu ialah korban disebabkan wasiat dari seorang yang telah meninggal dunia, maka tidak boleh dimakan dagingnya oleh orang yang membuat korban untuknya dan tidak boleh dihadiahkan kepada orang kaya kecuali ada izinnya.
Haram menyedekah atau menghadiahkan daging korban kepada orang kafir walaupun sedikit.
Tidak harus memindahkan daging qurban ke daerah lain sebagaimana dalam hukum zakat.
Haram ke atas orang yang terkorban atau warisnya menjual daging korban itu atau kulitnya atau bulunya atau sesuatu daripada binatang korban itu sebagaimana sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam : Maksudnya:"Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban baginya." (Hadis riwayat al-Hakim)
Haram menjadikan kulit dan daging binatang korban itu sebagai upah kepada penyembelih, tetapi harus diberikan kepadanya dengan jalan sedekah atau hadiah. http://www.al-azim.com/


banyak lagi pasai haji ngan umrah ngan korban kat sana... jom kita ramai ramai buat ramai kat home page dia... tima kasey tuan saya amik maklumat ni daripada tuan...

tolong doakan aku sekeluarga anak beranak dapat pi umrah dan haji insyaallah di masa hadapan... masa depa dah cukup besaq.... aamiin...

cabai kering...

5 comments:

Pengembara said...

selamat hari raya aidiladha..so, like money oso eh? so how can we make fast and big money? huhuh

only me ^erien'z^ said...

hurm..kalu akak dikira wajib kah????

kak ja said...

Salam kenal.. Kak Ja masuk dr blog Putubambu.. Org Penang? Kak Ja org SP.. Kak Ja suka blog ni.. Dah bookmark dah..

BTW, selamat hari raya 'Aidil Adha..

CaBaiKeRinG said...

Maher.... rompak bank lah! huhuuhu... ilmu ni belajaq jauh jauh pun susah nak dapat nih!

akak... u tak wajiblah...sebab u tak nazar... us ekadar niat baisa beb... cepat email gambaq semua... i tak sabaq nak post gambaq lumbu tuh!

kak ja... thanks... kalau sidi jadilah follower sekali! hehe

only me ^erien'z^ said...

saya udeh post by emaiL..