owh...sedih....gabra! ayaq mata darah dok kluaq dah!
aku tak sangka...! sampai hati....!
tak patut! tak adel! cekik darah!
bolehkah hangpa naik harga cabai merah sampai RM21 sekilo? sama harga dengan beraih? lani nak makan macam mana? cabai cicah beraih? lepaih tu hangpa bagitau kat aku suruh neik kapai terbang pi Bengkok Dangerus beli cabai murah kat sana? Patut? Patut?
lani aku nak makan cabai macam mana? sambai belacan bubuh belacan saja? tak pun... cabai belah belakang? isi ikan cencaghu kat belakang cabai tuh!
piiiraaah cabai cabai dan keturunan hangpa! aku sanggup posa pada beli cabai dopuluh satu riggit!
hangpa bacalah sendiri!
Beli cili ThailandOleh ZULIATY ZULKIFFLI
ALOR STAR: Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mencadangkan kerajaan mengimport cili merah dari Thailand jika harga cili yang kini mencapai RM21 sekilogram terus meningkat tinggi sehingga membebankan pengguna, terutama peniaga kedai makanan di negeri ini.Presidennya, Datuk Yusoff Ismail, berkata beliau difahamkan, harga cili merah yang dijual di sekitar pasar basah di bandar raya ini meningkat sehingga mencecah RM21 sekilogram berbanding kelmarin iaitu RM15 sekilogram. - harian metro
cabaikering...
Tuesday, December 2, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment