Bila aku tengok gambaq dia aku selalu tergelak... tapi aku respek dia la... memang dia brani! Dia tau dia mandi ayaq 17 kaler pun dia tak boleh nak menang tapi dia gagah jugak nak bayaq duit buta kat SPR.... Ada orang kata dia ni setanding bini bill kelinton... aku tak tau... hangpa tengok...dengaq...baca... nilai sendiri... http://maimunbintiyusuf.blogspot.com/
apapun.. aku doakan dia menang... biaq pi hak lein lein tu puteh mata!. kalau dia menang, aku pun nak masuk politik lah! sapa nak sokong aku? mai main...sila sila... jangan dok buat malu... satgi nasik minyak hanbeh hangpa nganga... aik.. merapu pulak dah..
Tok Mun layak bertanding pilihan raya kecil
PUTRAJAYA: Walaupun hanya meraih 685 undi pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12), Mac lalu, Tok Mun yang menjual kain batik dan jeruk buah-buahan secara kecil-kecilan masih berpeluang menebus kekalahannya apabila layak bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan.Tok Mun atau Maimun Yusof, 89, calon Bebas yang hilang wang deposit dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU 12 lalu, layak bertanding, selepas memenuhi syarat menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya seperti termaktub mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya.Pemangku Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata walaupun kalah dan hilang wang pertaruhan pada PRU 12 lalu, calon masih layak bertanding sekiranya menyerahkan penyata perbelanjaan pilihan raya kepada SPR.“Nenek Maimun ada menyerahkan penyata...jadi kalau dia nak bertanding, tak ada masalah...dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya, sesiapa menjadi calon gagal menyerahkan (penyata perbelanjaan pilihan raya) dia tidak berkelayakan bertanding.
“(Tapi) dalam kes ini semua layak untuk bertanding,” katanya pada sidang media mengumumkan tarikh pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu (P036) di Ibu Pejabat SPR, di sini, semalam.
cabaikering...
Saturday, December 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment