Monday, December 29, 2008

Selamat Tahun Baru..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Cabai Kering Sekeluarga Dengan Seikhlas Hati Ingin Mengucapkan
Salam Awal Muharram
Kepada semua Umat Muslimin Yang Ternampak Ucapan Ni...
Dengan Itu Saya Dengan Penuh Kepochinya Ingin Betanyakan Apa Azam Tahun Baru Anda?
DOA AWAL TAHUN 1424H
Waktu membacanya :
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram
Kelebihan membacanya :
Sesiapa yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan :
"Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan."
DOA :
Segala puji hanya bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah ,
Engkaulah yang kekal abadi untuk selama2nya.
Demi kelebihanmu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang melimpah ,
Sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncunya , tenteranya dan penolongnya.
Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w ,serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Segala puji hanya bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam,..
Aminnn...
cabaikering...

5 comments:

Tai said...

Selamat tahun baru encik. Azam chek nak menikah tahun ni.

the artist and i said...

Selamat Tahun Baru!

buat la apa yang patut.. :D

CaBaiKeRinG said...

teddy bear... dah ada ponu ka belum.... kalau tak dak mami nak rekemen la....

weed... huhuhu

Tai said...

Saya nak cari pompuan sebangsa chek iaitu cina. nak cari amoi.

CaBaiKeRinG said...

wei... aku bukan cina lah!

wakahkahak!