Saturday, February 28, 2009

Kalau Takdak Idea..Teg Diri Sendiri!

aku nak tulih dari hari tu lagi.. tapi lagi aku tak banyak idea.. apa jadi tak tau... tak tau la.. mungkin pasai aku dok pening kepala tengok orang begaduh kat parlimen kot.. tak pun aku pening kepala tengok gambaq adun mangsa bogei.... wuhuhuhu... kalau dah dok buat perangai tak elok... tak kawin buat dosa... dengan orang yang hangpa tak dak ikatan... jangan dok kata jadi mangsa la....

makanya... kerana aku takdak aidea...aku nak jugak jawab teg populer yang hangat hangit kat market lani.... aku sebenaqnya tak kena tag dengan sapa sapa pun.. aku teg diri aku sendiri! mwahahahhahaha!

1. What is your name : Cabaikering nama diberi... orangnya canthek tak terperi...hihihi
2.A four letter word : Cili
3.A boy's name : Chin Chai - budak ni cina okeh?
4.A girl's name : Chenohong Cheneheng - budak ni orang vietnam...
5.An occupation : Cikgu Sejarah - sumpah aku ni bodo dalam sejarah!
6.A color : Comot - kaler yang aku dapat bila anak aku buat kerja sekolah art dia..
7.Something you'll wear: Cccccooolllliii....eeeei! malu!
8. A food : Cokodok
9. Something found in the bathroom: Cicak
10. A place : Chille
11. A reason for being late : Curi tudung kakak aku perlukan masa yang banyak!
12. Something you'd shout : Chiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......ken!
13. A movie title : CabaiKering the mobie - out 2020
14. Something you drink : Cendoi
15. A musical group : Cili Padi - sebenaqnya nama asai depa Padi... tapi aku lagi suka bagi nama ni kat depa...
16. An animal : cakcing..
17. A street name : CabaiKering Lane - jalan ni on the way dari balkoni aku pi ke dapoq...
18. A type of car : Chomel... nama baru van perodua.. tak boleh release lagi... chommei sangat
19. Title of a song : Can Mali Can Hoi Hoi! Hangpa boleh ingat lagu nih? huhu

okeh.. macam ni... aku betoi betoi tak tau hujung pangkai teg ni.... tajuk dia hapa pun aku tak tau...undang undang dia pun aku tak tau.. tujuan dia pun aku taktau... maka... terimalah aku seadanya.... tima kasih!

oh ya... aku lupa... aku nak teg semua orang yang pakai cermin mata dan follow belog ini.. terima kasih

cabaikering...

Wednesday, February 25, 2009

Pernah Hangpa Baca Paper Dan Tak Boleh Pecaya???

aku penah... tadi... teruih aku nak kongsi dengan hangpa.. huhuhu.... lawak betoi zaman lani punya orang...

Isteri naik hantuOleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Helmy Abd Rahmanam@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Hanya air mata dapat menceritakan keperitan seorang lelaki apabila sering dibelasah isterinya yang disifatkan sebagai ahli gusti gila semata-mata kerana tidak suka mendengar nasihat sejak tiga tahun lalu.Lelaki yang dikenali sebagai John itu mendakwa, isterinya berang apabila dinasihat menghentikan tabiat buruk gemar berkaraoke dan berhutang dengan along hingga mengabaikan anak yang sakit.Penyelia stor itu berkata, isterinya berusia 30 tahun itu mempunyai kekuatan luar biasa apabila ‘naik hantu’ hingga mampu mencekik sebelum menghempas kepalanya ke dinding rumah.Malah, lebih menakutkannya apabila wanita terbabit mengugut mahu membunuhnya dengan pisau dan serpihan kaca botol.
Ini menyebabkan John kerap melarikan diri apabila isterinya mengamuk.
John berkata, tingkah laku ganas isterinya sukar dibendung, malah ada kalanya diibaratkan sama seperti haiwan ganas.Dalam kejadian terbaru jam 7.30 malam baru-baru ini, dia menghubungi isterinya di pejabat dan meminta segera pulang ke rumah berikutan anak lelaki berusia hampir dua tahun diserang lelah.“Saya merayu supaya anak dibawa ke klinik di Wangsa Maju untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia memberi alasan sudah mempunyai rancangan untuk berkaraoke bersama rakan selepas waktu pejabat.“Lantaran itu, adik kandung saya membantu menghantar anak ke klinik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.Menurut John, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada isterinya yang pulang tengah malam, tetapi dihadiahkan dua penumbuk di muka.Ketika itu, mangsa sedang mendukung anaknya yang menangis sakit. Isterinya pula langsung tidak menunjukkan simpati sebelum menendang suaminya hingga hampir terjatuh.Sambil menunjukkan kesan tumbukan isterinya pada tiga pintu bilik rumah, John berkata, dia tidak dapat mempertahankan diri berikutan ketika itu menutup kepala dan badan anaknya kerana bimbang turut dicederakan.Selepas puas membelasah suaminya, wanita itu keluar sebelum pulang keesokan hari dengan mengurung diri dalam bilik.“Sebaik bangun daripada tidur, dia kembali mengganas mencekik leher saya sebelum menghentak kepala saya ke dinding.“Serangan mendadak itu menyebabkan saya terkejut selain anak saya menangis akibat ketakutan. Dia meluru ke dapur sebelum mengambil pisau dan mengacukannya ke arah saya,” katanya.Mangsa bagaimanapun merampas pisau berkenaan selepas bergelut dengan isterinya.“Isteri saya kemudian mencapai botol kaca minuman sebelum menghentak ke arah rak dapur untuk memecahkannya. Disebabkan ketakutan, saya mencapai anak sebelum melarikan diri,” katanya sambil mendakwa isterinya menelan beberapa biji pil sakit kepala untuk menyambung tidur.Dalam kejadian lain, dia sekadar bertanya kepada isterinya menghilang sehari suntuk dengan mengabaikan suami dan anak.“Entah mengapa dia tiba-tiba mengamuk dan menjadi agresif sebelum menghempaskan semua perkakas rumah, termasuk pinggan mangkuk di dapur,” katanya.Lelaki malang itu berkata, isterinya cuba menyerang anaknya menyebabkan dia terpaksa melarikan diri sebelum menghubungi talian Rakan Cop untuk mendapat bantuan polis.“Sebaik polis sampai ke perkarangan rumah, isteri semakin naik angin dan tidak membenarkan kami masuk ke dalam rumah walaupun dirayu supaya mengawal perasaan.“Selepas membuka pintu, dia bersembunyi dalam stor. Selepas dinasihati polis, dia akhirnya berjanji tidak mengulangi perbuatannya itu,” katanya.John turut mendakwa isterinya menggunakan wang simpanan anak sebanyak RM3,500 untuk berjoli dan memenuhi tabiat buruknya berjudi.“Apabila ditanya, dia memberitahu semua wang terbabit sudah habis dibelanjakan, termasuk membayar hutang along,” katanya.Dia yang sudah membuat tiga aduan di Balai Polis Setapak, berkata dia sendiri pernah terjumpa kad kuning dalam dompet isterinya mengandungi nombor telefon seorang lelaki serta beberapa tulisan pinjaman along dengan anggaran melebihi puluhan ribu ringgit.Dia berkata, isterinya yang sudah meletakkan jawatan kini bersekedudukan dengan beberapa warga asing dari Timur Tengah.“Saya dapat berjumpanya di rumah sewa barunya dengan membawa anak. Malangnya, kami dihalau,” katanya.Menurutnya, dia kini dibelenggu masalah baru apabila beberapa lelaki dipercayai along datang ke rumahnya untuk menuntut hutang isterinya.


1. hang ahli gusti... bini hang pompuan... boleh pecaya???
2.hang duduk rumah... bini hang pi keja???
3.hang belum kawen...hang tak tau ka bini hang ada super power??
4.kalau hang boleh tarik pisau tu pada tangan bini hang... benda lein hag tak boleh buat???
5.bini hang keluaq pada rumah.. hang pi cari dia balik pasai apa? tak cukup kena hentam???

apa lah pnya cerita.....!!!

cabaikering...

Monday, February 23, 2009

Aku dah balik...

aku ronda merata... dari utara sampai selatan! tu dia! dari juai barang sampai makan kenduri... tu dia lagi!

saja aku nak menayang kat hampa.. aku jumpa dua orang hamba Allah yang sudi la nak tengok muka aku yang serba hodoh, serba hina ni... tima kasih la...
aku jugak nak ucap tima kasih kat cik maria kita yang sanggup bersusah payah beli kek cawan tulih CK kat aku... aku ingat kek tu cap Calvin Klein mula mula... huhuhuu
paih tu... tima kasih plak kat orang rumah dokter kita... kak zaida... beik hati dia bagi coklet kat anak aku... aku maseh simpan.. pasai aku nak pekena kat aku sorang tuh!

ni pertama kali aku tengok orang yang aku kenai melalui belog membelog nih... aku hingat... aku nanti jumpa dengan orang penang dulu... mana tau.. orang kolumpo seru dulu! huhuhu. secara kebetulan.. depa pun pirst time... sama sama rekod la kami...alhamdulillah.. pada penang aku pi shah alam.. makan tosei dengan roti canai jugak... kwang kwang kwang...

hero hero kami... dok syiok mein kat playground tesco shah alam

ni lah cik maria faizal yang comei..ayu..ramah...best! aku sayang hang maria... sapa yang lawa pakai tudung kuning tu wei???? yang kena lindung tu kak zaida yang sporting!ni la rupa betoi dokter sam.. konon letak gambaq model zaman 80an dalam belog dia kata dia kuruih.. hehehe..rupanya orang tinggi lampai... ni apa apek tu dok cerita sampai faizal dengan dr sam boleh tak perasan ada paparazzi nih?!


kenduri kawen.. selamat pengantin baru redzuan dengan fazilah.... kawen kat kelab shah alam...

tu sajalah dulu... yang lein esok kita cerita...

cabaikering...

Thursday, February 19, 2009

Check.....N Go............

  • beruih gigi - check
  • suwaq dalam - check
  • botoi susu - check
  • rekod gambaq astro siap siap - check
  • bantai nak tidoq dalam kereta - check
  • kasut tinggi 3 inci - check
  • pencuci muka yang tak pernah bagi muka aku putih - check
  • charger fon - check
  • ubat batok - check
  • pinjam duit kat mak - check
  • teddy bear busyuk - check

okeh... babai... 3 hari... aku nak pi bagi ramai kat kolumpo...

hangpa tunggu aku balik mai tau!

muahhhaahahahahhaahaaa!!!

p/s - hangpa perasan aku dok suka benda titik titik hitam tu lani? tau pasai apa...?

cabaikering...

Wednesday, February 18, 2009

Apa Akibat Jantan Pukui Pompuan

  • pompuan tu sakit hati

  • pompuan tu sakit jiwa aka jadi gila

  • pompuan tu sakit badan

  • anak anak dapat tekanan

  • anak anak jadi tak tentu hala

  • jantan tu tak akan dihormati

  • jantan tu akan dibenci

  • dan yang paling penting... bila jantan pukui pompuan... aku rugi duit tiket air asia aku.. pasai konsert pompuan tu kena kansel!!!!


ceh! buat rugi ja duit aku!


cabaikering...

Sunday, February 15, 2009

Dulu Lein... Lani Lein Kah?

Hangpa ingat lagi tak... dalam 15 tehun lepaih.. dalam 20 tehun lepaih.. kalau nak buat Ic macam mana punya susah...?

Ooopps... aku masuk tak bagi salam.. Assalamualaikum semua.. aku dah okeh sikit dah... cuma dok sebuk sikit sikit lagi...aku nak ucapt tima kasih banyak banyak untuk hangpa yang sudi sedekahkan Al Fatihah dan berdoa untuk bapak aku...

Ok... sambung cita... ingat lagi dak? Masa hang nak buat ic..mak hang nanti gerak hang awai pagi... pakai bedak banyak banyak... bagi nampak putih... lepaih tu... pi neik bas ka.. neik lanca ka...sampai kat ofis yang tersa jeuh sangat...

Bila sampai sana... kita kena beratoq macam semut... lepaih tu dapat borang.. kena pi duduk bertinggong kat tepi pakcik control ensem yang ada meja satu.. dia nanti tanya dan mak kita pun nanti habaqla semua detail pasai kita... lepaih tu dia tulih.. tulisan dia memang hebat..

PAih tu hangpa ingat lagi makcik pakcik yang keja kat sana... macam dnia ni depa la punya.. kita ni semua bangang... muka senget semua konon terer keja kera-jaan buat IC orang..

Selesai semua.. dekat pukui 12 jugakla nak balik pun.. memang sah hari tu mak aku tak masak la.. Balik tunggu la dalam 3 ka 4 bulan nak dapat surat suruh pi kutip ic...kena beli beg duit thundercats pasai nak letak ic tu.. err...masa tu ada ka beg duit thundercats????

Aku rasa best pulak teringat zaman tu... macam satu adventure besaq nak pi buat IC nih...

Baru ni aku pi kat ofis baru ni......tengok dari luaq pun dah kagum...
tnegok lagi satu bahagian... tu dia.. tinggi bangunan... macam klcc...hukhuk...aku dok pebesaq cerita...
bunga dia lagi besaq pada bilik tidoq aku...fuhiyoo! memang besaq cerita aku!
siap ada skrin nak bagitau infomasi... tulisan dia gerak gerak...terrer depa!
ha... tau kat mana tv kecik ni??? jangan tekejut! ni kat dalam lif! nasib beik depa tak letak washing mesin kat sana!
aku sampai tingkat 3... awat macam kena langgaq garuda saja gaya dia???
nak jalan pi kaunter dia pun dah sesak napaih dah.... punya la jeuh... ehheh
lawa noh??? orang kat bawah ni dok keluaq pada kantin hang... kalah victoria stesen...
ni bahagian dalam opis... kita kena amik namber kat luaq... dia bagi form... aku cari cari pakcik control ensem tu... tak jumpa la wei... mana dia pi? mesti dia dah kaya lani...
ni...gambaq lagi satu bahagian...kosong... masa tu ada la dalam pukui 9.30...
ha.... nampak dah orang... nampak dah...
ni namber giliran aku...
cik cantik kat kounter - you tangkap gambaq ni untuk apa?
aku - saja suka suka
cik cantik kounter - sini kena mintak kebenaran
aku - takpa la.. bukan saya nak buat apa pun.. hehe..tipu sunat...
penakut - memang tak boleh la... ni pejabat pendaftaran tau ka??
aku - awat...takut dia tangkap aku masuk ISA ka? depa ni takpayah orang mai curi...dari dalam sendiri pun ic sendiri lari keluaq...
apapun.. sekali lagi...ni number giliran aku...
pasai pakcik control ensem takdak... aku lantik penakut untuk tulih..aku tak boleh tulih..nanti aku sebak...
Lepaih isi form.. aku tengok tv.. rumah aku mana ada tv macam nih! Bilik pun besaq pasu bunga saja!!!
Dah 3 menet aku tunggu... takdak orang kat kaunter..aku dah hangat p*****k
Aku bangun...aku tanya dairek... kak... takdak pegawai ka? pedaih macam biasa...hehehe
Dua tiga orang yang tengah sebuk dok shopping kat juaimurah kaleh...tengok aku.. sorang bertindak..dia suh kawan dia bangun mai layan...
Maka... ni lah hasil dia... lepaih 10 menet.... takpayah tunggu 3 bulan...sijil kematian bapak aku..
Tu dia... berani depa letak peti maklum balaih ni...apa lagi.. aku pun balaih la...
Tengok anak aku masuk kertaih kat kotak yang mana? hihihi... Aku memang kejam!
Pasai apa maklum balaih aku tak baguih????
Satu.. pasai depa tak layan orang dulu... saja nak bagi orang tunggu jugak walaupun takdak orang dah kat kaunter...
Dua.. pasai.. dalam 10 orang kat sana... 2 orang kat bawah ni saja ada gigi nak senyum...
Yang lein semua muka panjang....Bravo untuk kakak dua orang kat bawah ni!

Tu la Mesia... dah maju sampai takat mana... tapi perangai sama macam tu jugak la... Tak guna bangunan elok bekilat macam kepala botak pun..kalau layanan tu lebeh kurang saja...
Betoi dak???
cabaikering...

Thursday, February 12, 2009

Assalamualaikum....

Salam Peringatan Untuk Semua

Yang Datang Akan Pergi...
Bersedialah Untuk Semua Kemungkinan


Al-Fatihah buat bapak aku yang tercinta...seorang sahabat yang sebaik sahabatSeorang penyokong yang sebaik penyokong...Dia pergi dengan tenang setelah puas dia pastikan kami dapat teruskan hidup kami dengan tabah....

Alhamdulillah...

Terima kasih untuk semua teman yang bagi semangat...comment...sms...calls...

cabaikering...

Monday, February 9, 2009

OBAMA lagi...

O - Originally
B - Born in
A - Africa to
M – Manage the
A - Americans

wakakakkaakakkahak!

cabaikering...

Friday, February 6, 2009

Kastam Punya Cerita..

Hari Ni... Pukui 3.30petang kot... aku tengok berita terkini...


Aku ada banyak masa pasai masa tu shift aku jaga bapak aku kat hospiter....tolong doakan bapak aku nah...

Apa yang best... aku dengaq cita ni...
Aku cuba ingat balik apa yang budak setengah ensem tu kata...

Kastam menganggarkan kutipan berjumlah rm29.xx billion pada tahun 2009 walaupun keadaan ekonomi yang meleset... lebeh kurang macam tu la berita dia...


Pihak kastam yakin dengan kutipan ini memandangkan berjaya mengutip rm28.xx billion pada tahun 2008...
Berikut adalah...blablabla... TPM...pada majlis apa ka aku tak tau..
Beliau berkata oleh itu tidak rugi untuk laburkan berapa tak tau.. untuk meningkatkan sistem kastam..
Lepaih tu depa tunjuklah deytu bagi ceramah.. dia kata.. yang aku boleh ingatla.. dia kata kalau nak lawan penyeludup atau penjenayah..kita kena lagi advance pada depa...maka depa akan guna duwet la nak beli gadget CSI yang terbaru semua..

Dan ini kesimpulan aku...!



Bangang! Hangpa nak belanja duwet beli barang lagi kan? Beli la! Bukan duwet bapak hangpa pun kan hangpa nak belanja! Yang dok buat drama pasai apa? Kena cerita ka hangpa nak kutip berapa? Awat duwet tu nanti dapat kat aku ka?


Yang aku nak tergelak tu... polis hangpa macam polis bawak kaldei saja.. penyamun semua tak boleh nak tangkap.. hak tu hangpa tak ingat nak bagi advance... yang kastam ni hangpa nak bagi advance..?

Makin kembungla perut setengah orang.. dapat ayaq markisa pree..dapat rokok kretek pree..dapat buah mangga india pree... hmmm....

Dan yang pasti... aku dengan anak pinak aku...macam ni jugak la...

Lagi satu aku punya heran kan...awat aku tak nampak bangsa cina ngan india masa rusuhan baru ni? Aku tau kepala semua cina india.. tapi yang dok pi betempoq...hangpa tau sendiri la sapa... alahai..kalaulah...depa ni semua sanggup nak pi lawan Yahudi kat Gaza...aku ingat lari ka apa tentera Israel..macam tu punya berani...ni baru lawan pasai sapa nak jadi Ketua Menteri..



Alahai...kesian aku tengok....
anjing adalah haiwan yang boleh dikatakan pengikut setia...sampai hang mati dia setia kat hang..kesian kat anjing kan?



cabaikering...

Aidea...Jimat Duwet...

Aku ada cara macam mana nak jimat duwet...tak bayaq lepaih makan...

Semalam aku pi terai... macam ni cerita dia..

Aku pi makan nasik kandaq kat Padang Kota Lama..
Aku nak jimat duwet... maka aku buat macam ni..
Aku ambik rambut selai..au bubuh dalam nasik yang tinggai lagi dua mulut tu..
Aku pun buat muka bara...aku panggey budak yang bubuh nasik tu mai..
Dia takut nak mai sorang kot tengok muka aku macam bara api...
Dia panggei tukang masak dia mai sekali... Anney...Wanggeii....
Tukang masak dia mai...aku kata... Banyak Sedapla lu punya nasik..

Keyra mai...

Dia blah dengan muka heran...

Tau pasai apa aku tak komplen?????

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Pasai tukang masak tu BOTAK!!!!

moral - kalau nak meniaga makanan...bagi botak kepala dulu....

cabaikering...

Thursday, February 5, 2009

Macam Mana Kita Nak Lawan Yahudi? Entri aku yang paling panjang dan paling perlu hangpa baca!

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu mengapa Yahudi Bijak?
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran? Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni.

Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami,saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( ***** atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes ***** akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini,Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! - Dr. Stephen Carr Leon [/b] - kawan beik cabaikering

Maka mesej aku adalah - lepaih 3 generasi lagi baru kita boleh lawan depa kot....tu pun kalau kita ikutla...

cabaikering...

Tuesday, February 3, 2009

Kepada Jiejah pollower belog yang ke 54!

Aku dok tunggu... sejak 3 hari lepaih... sapa lagi nak tambahkan koleksi pollower beloh nih!

Aku bosan tengok angka 53 dari hari tu...

Aku pun buatla plan nak bagi surprise kat orang yang jadi pollower aku yang ke 54!

Maka aku pun pi tengok belog dia... hangpa tau dia cerita pasai apa?

Dia dok kalut cerita pasai pijak duit!

Wakaka...memang hang pijak duit...duit pijak...tak kesahlah yang mana satu..

Cik Jiejah... dengan ni..aku anugerahkan hang lima ringgit empat kupang diskaun bila hang shopping kat kedai ni! Takdak tipu harga punya! Pasai hantaq barang toksah susah hati..aku memang nak pi duduk kat Carlton Holiday...21 haribulan ni

HAHAHHAHAHAHAHAHAHAHHAAHAHHA...seghonok pulak bagi orang adiah ni.. macam la aku kaya kan? Insyaallah... Selalamat bershoppin cik Jiejah

ps - gambaq tak boleh nak bubuh.. pc selow macam seepuut barbie...

cabaikering...

Monday, February 2, 2009

bila aku takdak aidea...

bila aku tak dak aidea...aku jadi tak tentu arah

bila aku tak dak aidea...aku jadi huru hara

bila aku tak dak aidea...aku jadi parah

bila aku tak dak aidea...aku jadi kura kura

bila aku takdak aidea...aku pening kepala dok pikiaq pasai apa hari ni depa dok bakaq mercun banyak banyak....bukan raya minggu lepaih kah?

ps- hantu pocong satu femili kat johor...baguih punya cerita....wakakaka..macam ni pun depa boleh buat drama pasai nak masuk dalam berita!

cabaikering...

Sunday, February 1, 2009

Pasemboq...

Dunia ni ada macam macam orang...macam macam benda
Kadang kadang kita conpuse...awat boleh ada benda macam ni semua...
Ada orang...3 tehun rumah dia berantu jarum... ya... hantu jarum... jarum boleh muncui tiba tiba kat rumah dia..merata rata...kat ataih rambut pun ada... dah lima belaih ribu dia belanja nak bagi ilang benda tu..tapi dok ada jugak.... yang macam macam pasai cita ni...awat dia tak pindah keluaq lagi nah? aku heran...
lepaih tu...ada pulak janda ni kawen dengan anak teruna kat siam... mahai tau kawen kat siam..kena bayaq pakej sampai rm1100... hangpa ingat depa ni saja yang dok pi menikah kat siam...? jangan tetipu...ramai lagi...lebeh lebeh lagi...budak budak uni lani...aku heran...kera-jaan tak beaw lagi cita ni...aku pun boleh dok beaw...berbalik kat janda tu...dia dok perang tak habih lagi dengan mak metua dia..konon depa hina dia...tapi memang aku rasa depa pun nak bagi malu muka dia la..dok buat bagi ramai... yang aku heran...mak jantan pulak dok bising lebeh...heran...heran...
lepaih tu ada pulak orang dok kecoh semua rumah urut lani penuh dengan warga asing...kononya depa monopoli keja ni sampai anak anak pompuan kita tak dak keja...depa maukah anak depa jadi tukang urut kat kedai? aku heran...
rata rata orang dok kecoh bagi derma kat orang Gaza...aku dah derma...tak payah dok tanya...ada satu orang ni derma 750.. macam mana dia derma..dia beli baju lelong.. baju apa dia beli..baju datuk siti dan nenek anita sarawak..hmm..pakcik ni boleh pakai ka baju depa...? kalau derma teruih tak boleh ka? kena beli baju depa ni ka? baju aku ada banyak awat takdak orang nak beli ah? aku heran...
PASEMBOQ? ada macam macam dalam pasemboq..... tulah yang aku dapat lepaih baca paper hari ni...macam macam isi dia..
maka aku ni jantan ka pompuan? huhuhu
mungkinkah aku.....errr...awwww?!

cabaikering...