aku penah... tadi... teruih aku nak kongsi dengan hangpa.. huhuhu.... lawak betoi zaman lani punya orang...
Isteri naik hantuOleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Helmy Abd Rahmanam@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Hanya air mata dapat menceritakan keperitan seorang lelaki apabila sering dibelasah isterinya yang disifatkan sebagai ahli gusti gila semata-mata kerana tidak suka mendengar nasihat sejak tiga tahun lalu.Lelaki yang dikenali sebagai John itu mendakwa, isterinya berang apabila dinasihat menghentikan tabiat buruk gemar berkaraoke dan berhutang dengan along hingga mengabaikan anak yang sakit.Penyelia stor itu berkata, isterinya berusia 30 tahun itu mempunyai kekuatan luar biasa apabila ‘naik hantu’ hingga mampu mencekik sebelum menghempas kepalanya ke dinding rumah.Malah, lebih menakutkannya apabila wanita terbabit mengugut mahu membunuhnya dengan pisau dan serpihan kaca botol.
Ini menyebabkan John kerap melarikan diri apabila isterinya mengamuk.
John berkata, tingkah laku ganas isterinya sukar dibendung, malah ada kalanya diibaratkan sama seperti haiwan ganas.Dalam kejadian terbaru jam 7.30 malam baru-baru ini, dia menghubungi isterinya di pejabat dan meminta segera pulang ke rumah berikutan anak lelaki berusia hampir dua tahun diserang lelah.“Saya merayu supaya anak dibawa ke klinik di Wangsa Maju untuk mendapatkan rawatan. Namun, dia memberi alasan sudah mempunyai rancangan untuk berkaraoke bersama rakan selepas waktu pejabat.“Lantaran itu, adik kandung saya membantu menghantar anak ke klinik,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.Menurut John, dia cuba mendapatkan penjelasan daripada isterinya yang pulang tengah malam, tetapi dihadiahkan dua penumbuk di muka.Ketika itu, mangsa sedang mendukung anaknya yang menangis sakit. Isterinya pula langsung tidak menunjukkan simpati sebelum menendang suaminya hingga hampir terjatuh.Sambil menunjukkan kesan tumbukan isterinya pada tiga pintu bilik rumah, John berkata, dia tidak dapat mempertahankan diri berikutan ketika itu menutup kepala dan badan anaknya kerana bimbang turut dicederakan.Selepas puas membelasah suaminya, wanita itu keluar sebelum pulang keesokan hari dengan mengurung diri dalam bilik.“Sebaik bangun daripada tidur, dia kembali mengganas mencekik leher saya sebelum menghentak kepala saya ke dinding.“Serangan mendadak itu menyebabkan saya terkejut selain anak saya menangis akibat ketakutan. Dia meluru ke dapur sebelum mengambil pisau dan mengacukannya ke arah saya,” katanya.Mangsa bagaimanapun merampas pisau berkenaan selepas bergelut dengan isterinya.“Isteri saya kemudian mencapai botol kaca minuman sebelum menghentak ke arah rak dapur untuk memecahkannya. Disebabkan ketakutan, saya mencapai anak sebelum melarikan diri,” katanya sambil mendakwa isterinya menelan beberapa biji pil sakit kepala untuk menyambung tidur.Dalam kejadian lain, dia sekadar bertanya kepada isterinya menghilang sehari suntuk dengan mengabaikan suami dan anak.“Entah mengapa dia tiba-tiba mengamuk dan menjadi agresif sebelum menghempaskan semua perkakas rumah, termasuk pinggan mangkuk di dapur,” katanya.Lelaki malang itu berkata, isterinya cuba menyerang anaknya menyebabkan dia terpaksa melarikan diri sebelum menghubungi talian Rakan Cop untuk mendapat bantuan polis.“Sebaik polis sampai ke perkarangan rumah, isteri semakin naik angin dan tidak membenarkan kami masuk ke dalam rumah walaupun dirayu supaya mengawal perasaan.“Selepas membuka pintu, dia bersembunyi dalam stor. Selepas dinasihati polis, dia akhirnya berjanji tidak mengulangi perbuatannya itu,” katanya.John turut mendakwa isterinya menggunakan wang simpanan anak sebanyak RM3,500 untuk berjoli dan memenuhi tabiat buruknya berjudi.“Apabila ditanya, dia memberitahu semua wang terbabit sudah habis dibelanjakan, termasuk membayar hutang along,” katanya.Dia yang sudah membuat tiga aduan di Balai Polis Setapak, berkata dia sendiri pernah terjumpa kad kuning dalam dompet isterinya mengandungi nombor telefon seorang lelaki serta beberapa tulisan pinjaman along dengan anggaran melebihi puluhan ribu ringgit.Dia berkata, isterinya yang sudah meletakkan jawatan kini bersekedudukan dengan beberapa warga asing dari Timur Tengah.“Saya dapat berjumpanya di rumah sewa barunya dengan membawa anak. Malangnya, kami dihalau,” katanya.Menurutnya, dia kini dibelenggu masalah baru apabila beberapa lelaki dipercayai along datang ke rumahnya untuk menuntut hutang isterinya.
1. hang ahli gusti... bini hang pompuan... boleh pecaya???
2.hang duduk rumah... bini hang pi keja???
3.hang belum kawen...hang tak tau ka bini hang ada super power??
4.kalau hang boleh tarik pisau tu pada tangan bini hang... benda lein hag tak boleh buat???
5.bini hang keluaq pada rumah.. hang pi cari dia balik pasai apa? tak cukup kena hentam???
apa lah pnya cerita.....!!!
cabaikering...
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Bini dia nih pakai 'ilmu' kot?
Chengei mcm mana pun, laki dia duk rindu kat dia jugak...
he he he...
puii.. skali kat muka dia..
putaq alam punya chegitha..
hahahhaha..nanti saya tanya kat si penulis citer tu boleh pakai ka dak citere dia..atau depa dua org tu stakat nak juai paper..btw metro memang suka citer2 gini sis...
hahahahahhaha...mengong...
cam tak caya kan...
sib baik aku tak baca paper..hehehe..sah2 nampak cam penipu kan..ataupun yg mengamuk tu bukan bini dia..tapi...eeiii..seram lak aku dengaq keganasan umah tangga ni hehehe..
sy skrng tak beli paper dah... boring baca..
tp bini org tu betul2 brutal yer!
Eh? Ni apa ni? Chey, buat malu jantan sajalah ni.
Ni cerita si bini kena gasakkah atau laki yang kena gasak? Eh, macam tak logiklah cerita ni.
aku rasa dia kawen ngan hulk hogan kot..
Kja rasa mcm nak berguling2 gelak.. Nak perbodo org pun, berpada2lah..
wakaka.. itu bkn hantu..
itu naik minyak!
lama tak nampak..
dok kt oversea ke?
hehe..
mesti ada sebab tu.
p/s: aku ada buat entri ni selepas baca muka depan paper tu.... versi lanun ler. hehehe
Tkut aku baca hahaha
Post a Comment