Saturday, March 28, 2009

Jam Bumi - Update Dari CKNN yang pantas macam kura kura



Kecoh pasai Earth Hour.... aku pun nak tunjukla macam mana orang Penang belah Bukit Jambui punya support... gambaq ataih ni amik dari belkoni aku... lampu terang bederang macam selalu jugak!
aku tengok blok flat lein kat rumah aku... kanan oke...
kiri pun oke...
tapi lampu parking depa tak off pun.. hikhikhik....
gambaq ataih ni....laluan tangga aku.. wakaka
yang bawah ni gambaq dapoq aku... lampu kecik kecik ni bukan bintang.. tapi pemandangan bukit jambui la pada tingkap dapoq...
lawa kan dapoq aku?!
tahniah untuk yang berjaya bergelap kemarin... yang lein tu... tak tengok tv ka? penat dr muzaffar shah buat promosi pasai kapai laju dia...
cabaikering...

Tuesday, March 24, 2009

Aku Kena Tag - Yeh Yeh!

Aku Kena Tag Dengan Budak Durhaka tapi comei dengan beg duit LV dia... Anaiz

1. When was your engagement? fuh! soklan pertama ja aku dah berpeluh!
2. When is your marriage anniversary? okeh.. kalau hangpa ada 2 kenduri atau toga kenduri.. yang mana satu nak kira anniversari nih???
3. How long have you known your spouse? lama sunggoh! dah borink dah bijik mata akuh! wakakaka...
4. How long did you date before you got engaged? lama jugak! dari dok duduk tepi kat kelaih.. aku tiru dia..dia tiru aku..sama sama tiru buku...sampai la pi serdang tiru orang lein..lepaih tu kerja pulak tiru boss belakon macam org kaya...lepaih tu bari teringat nak tiru kawan kami kawen!
5. Where did you meet your spouse? sekolah.. punyalah gatai aku..naseb beik aku tak masuk sekolah campoq masa tingkatan satu.. kalau dak dah kawin kot masa tingkatan tiga! waakkaka
7. Do you have any children? AAAAAAAAAAAAAAAdaaaaaaaaaaaaa tapi aku mengaku adik ja.
8. How many? TIGA RIBU... ya... 3 yang macam tiga ribu!
9. Do you have any pets? ada la anak anak ikan... yang takdak pekdah!
10. Do you own or rent? Own apa? Rumah Ka? Kalau Hutang Bank kira rumah aku ka atau sewa?
11. Do you live in the country, city/town? Aku Ni Duduk Ataih Bukit yang banyak pokok.. tapi tengah tengah bandaraya...macam mana nak jawab????????
12. What is your favorite activity you do together? TidoQ
13. Do you have a favorite vacation spot?
Ada....tapi tak mampu pi lagi! Waakakkaka
14. How many siblings do you have including in-laws? hah?! fuih... sat.. 5 campoq 3... ehhh... 4 campoq 2... err... berapa ha?

15. What mosque do you attend? aku pi masa raya ja.. wakaka... tapi laki aku suka pi merata mesjid!
16. Is this the mosque you got marrried in? aku kawen kat mesjid negri...jeuh...
17. What town is your current address? Bayan Lepaih
18. Do you work or stay home? Aku duduk rumah lani kerja pun kat rumah...
19. Where did you go for your honeymoon?
Ni best... aku ke Sabah Bah!
20. Leave a piece of marriage advice - always say YES to your wife....
21. Nak tag sapa yer.. aku tag kat mak aku.. makcik aku.. maktok aku..


timakasih..

cabaikering...

Saturday, March 21, 2009

Jom Shopping....Armenian Street

Tak ada apa yang patut kita buang... semua boleh diguna pakai..
Aku rasa yang ni la motto depa kat bawah ni..
Maapla.. aku nak update 2 hari lepaih tapi aku beezee..
Aku ada pi Armenian Street baru ni
Lorong ni off Carnavon Street kat Penang
Kami pi Jetty.. masa nak balik terperasan ramai orang.. apa lagi aku dengan penuh kepoh pun joinla... rupanya ada lagi satu rodwok kat sini aka 'flea market' kalau nak bagi glamer...
lawak jugak.. apa pun ada... aku rasa tesco giant kalau sambung dua dua pun kalau dengan depa ni.. wakakaka
apa pun.. jom kita roll tengok gambaq...

pampers sampel pun ada...

jam tangan main sepah ja..

salah satu sudut...

aik.. mamat badan besaq ni ada lagi enterpremm?

pilihla labu...
paling lawak.... t shirt ni harga Seringgit Satu... pun takdak orang beli.. wakaka

sapa nak raya boleh beli kertein..baju.. pinggan mangkuk..

kedai ni pro sikit.. kemaih...

ni lagi satu sudut...

topi koboi pun ada... ikut hati aku dah beli yang merah ni!

orang pompuan pi shopping mana boleh takbeli barang...
maka dapatla jugak sambaq file ni
rm1.50 (seringgit lima kupang)

okeh.. lani aku boleh balik susun kertaih order aku...

cabaikering...

Sekadar Nak Peringat.......

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW.. menerangkan: Yang bermaksud: "Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut."

Rombongan 1 Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 2 Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3 Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4 Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5 Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu merayu "Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga." Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya..

Rombongan 6 Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak ulamak yang membawa banyak kitab kitab, lalu berkata ia: "Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu." Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: "Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?" Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: "Aku tidak tahu." Berkata ulamak Iblis: "Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami." Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: "Bagaimanakah Zat Allah?" Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: "Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu." Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah olah lebih besar dari langit dan bumi. Berkata Iblis: "Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah." Berkata orang yang dalam sakaratul maut: "Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. . Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini." Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7 Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut.

Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: "Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah

cabaikering...

Monday, March 16, 2009

Hattthcchoooo!!! Hattthcchoooo!!! Hattthcchoooo!!!

Err.... sorri lah wei... berabuk beloh ni... masuk masuk kat pintu aku dah beresin!

Macam ni.. minggu lepaih.. aku kawen...eh! eh! silap... anak menakan aku kawen...

Aku sebok la... pi menyebok... wakakaa! Maka aku memang takdak masa nak merapu kat sini..

Tapi aku balik ni dengan semangat baru! Plan baru! Cita Cita baru!

Mulai hari ni.. aku janji aku tak mau buang masa dah...

Aku ada 3 orang anak....

Sorang dapat sebijik rumah RM130ribu... sumbangan dalam rm20ribu.. dapat pulak kelulusan belajaq pi mana pun pree punya!

Kali dengan 3.....mau tak jadi jutawan aku esok ni?!?!?!

Jadi sekali aku nak habaq.. mulai hari ni... aku nak pi duduk rumah pondok.. aku nak pakai lampu minyak gaih.. aku nak suruh anak aku belajaq hari hari...

Ambik 20 A SPM depa 11 tehun lagi... insyaallah.. nanti masa tu aku buat kenduri jemput hangpa mai!

Wassalam! Wakaaka!

cabaikering...

Tuesday, March 10, 2009

Awat Aku Tak Update Selalu Dah La Ni???

Mesti ada mami mami jarum..bapak bapak benang yang dok heran.. awat cabai kering ni dok diam saja la ni??

Mungkinkah...

Dia takdak aidea??????
Dia takdak masa??????
Dia dah borink dengan benda belog ni?????
Dia dah bosan nak tulih pasai orang pun bosan nak baca??????
Dia dah merajuk pasai takdak orang hantaq hadiah kat kuching dia?????
Dia sebok nak kawen????? Huiks!
Dia dah mula ada belog lein yang rahsia?????
Dia kuat bisnes sampai lupa nak bagi belog ni makan?????
Dia balik indon????? Wakakak
Dia sebok tolong Obama mentadbir Amerika??????
Dia dok sebok bergaduh mintak balik duit tiket konsert Rihanna RM680 tak dapat dapat lagi?????
Dia sebok nak pi merantau lagi?????
Dia sebok pi sekolah.. nak amik spm?????

Awat???
Awaaat???
AAwaaaaattttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt???

Sebenaqnya bukan apa.... saja ja dia...takdak duwet nak pi cyber kopi......

cabaikering...

Friday, March 6, 2009

Hepi Besday

heppi besday to yuuuuuuuuuuuuuuu
heppi besday toooo yuuuuuuuuuuuuu
hepppppiiiiii besssdayyyy tooo youuuuuuu
heppi besday to you....!
nyanyi ikut rentak lagu hepi besday
tak tau pasai apa.. tiba tiba rasa nak menyanyi lau besday
maka dengan ini... memandangkan hari ni bukan besday aku atau besday keluarga aku atau besday kawan kawan aku...
maka aku menyanyi untuk kuching lawa ni!
heppi besday kuching?!!
apa azam tehun ni?
cabaikering...

Tuesday, March 3, 2009

Paper Baru Tak Dak???

bila aku bukak paper pagi ni..

aku tengok orang kata dia pelip pelop pasai dia buat salah....so what...? tak boleh kad dia kata? baguih noh? kaldei pun tak berani mengaku dia mangkuk hayun...tapi hang berani!

bila aku bukak paper pagi ni..

aku tengok ada orang pangkat besaq.. nak meeting kononnya pasai masalah pentadbiran negeri..kat kedai kopi! fuhiyo!!! kaya nanti tokey kedai kopi tu!!!

bila aku bukak paper pagi ni..
aku tengok depa hari ni berjaya buktikan kat mak bapak kugan kata dia memang kena pukui sampai mati.. aku kesian..aku boleh bagi report ni dalam masa semenet tengok gambaq dia.. depa amik sebulan..depa tak mao amik aku keja ka?
bila aku baca paper hari ni..
aku tengok ada budak umoq 15 kena tangkap rogoi bini orang yang 'tak betoi dah'... orang tu umoq dia 55... hangpa ingat umoq bini dia berapa? hangpa heran dak???
bila aku baca paper hari ni..
ada lagi budak budak asrama mein kunfu panda sampai kes polis... 4 lawan satu... apa nak jadi dengan budak budak yang kononya mak bapak hantaq masuk sekolah baguih punya???
bila aku baca paper hari ni..
aku rasa macam nak makan laksa la... lapaq....
sekian...
cabaikering...