Friday, May 22, 2009

sikit hari ni... pasai post hari tu.... :-)

sikit hari ni... kurang orang komen kat belog aku..
aku hingat belog aku dah basi la..

baru ni aku post satu benda kontoversi.. aku postla cara kontroversi..

alhamdulillah.. banyak la pulak pendapat masuk... hehehhe
tima kasih banyak nah.. cabaikering suuuukaaaaa!
aku ak jugak la mintak maap kat orang yang rasa tak sedap jiwa raga tengok post kali ni.. marah takpa..tapi kena maapkan aku tau...huhuhu..
tapi nak habaq mai kat hangpa jugakla.. cabaikering bukan mangkuk hayun..nak pesalah ustazah pulak pasai benda ni..wakakak....cabaikering ingat nak tulis salah chekgu matematik...tapi macam tak sesoooai la plak...hahaha
tapi nak jawabla sikit kat blogger yang sudi tinggai jejak..
1. kalau dia belajaq adab bersolat..dia takkan nak pakai macam ni walaupun dia ikhlaih...salah sapa tak ajaq dia??? chekgu bm ka?
2. kita semua tau jeuh dalam sudut hati pakai baju macam ni pun dah cukup tak elok..apatah lagi nak bawak bersolat.. sapa yang cipta baju macam ni?
3. kita tau ramai lagi yang pakaian dia elok..tapi dia tak solat...itu hak dia..kalau dia tak kacau kita tunaikan solat..tapi kalau hang ni pompuan.. pakai skert pendedk masuk surau nak solat mau tak haru????
4. mana kita tau orang yang tangkap gambaq ni tak tegoq dia? mungkin orang ni hantaq gambaq nak buat pengajaran kat kita semua..
5. kita tak tau dia dapat pahala ka dosa.. tapi kita marah kan bila kita dapat gambaq perkataan Allah kat botoi arak? atau kat tempat yang tak patut??? tapi bawak masuk benda tak patut ke rumah Allah ni boleh ka? chekgu sejarah tak ajaq ka?
melalui post kali ni.. cabaikering paham..lein org lein cara tengok benda.. tapi toksahla sesekali kata takpa kat benda yang menghina macam ni..
cabaikering pun tak habaq kata chekgu dia mengajaq dia pakai macam tu.....jangan dok salah interperet..wakkaaka...

lagi satu... hangpa toksahla dok anggap belog merapu cabaikering ni belog mendakwah..aku ni pun jalan macam ketam... satgi...leceh... ! tapi aku sudi dengaq kalau hangpa nak perbetoi aku..
wallahualam.. jom istighfar 3X .....
tima kasih semua... tak mai penang ka cuti skolah ni!
ps- bank masuk contest dapat barang pree...masuk sini
cabaikering...

Saturday, May 16, 2009

Sapa Ustazah Yang Mengajaq ButaKare Ni???


aku memang banyak kerja.... tapi aku sempat jugakla baca emel merapu yang laki aku dok hantaq
aku memang cukup tak tahan tengok email pasai gambaq ataih ni...
kalau hangpa kenai dia... kirim salam penampaq sat...
takkan la buta akai sampai tak perasan baju apa dia pakai..
dak pun dia ni tak reti baca omputih..beli baju rm5 kat bundle tepi jalan chowkit.. lawa punya pasai.. lepaih tu masa lalu nak pi pudu.. lalu kat mesjid jamek.. dengaq azan..
pasai nak bagi girlpren dia kagum.. dia pun masuk solat sat..
(ini benda yang aku agak la... sebab betoi kalau dapat jumpa dia aku habaq kat hangpa nanti)
bangang ustazah yang mengajaq dia!
cabaikering...

Saturday, May 9, 2009

Selamat Hari Mak...

susahnya jadi mak...
semuanya nak kena korbankan...
susahnya jadi mak...
semuanya nak kena risaukan...
susahnya jadi mak...
kan senang kalau bapak yang jadi tukang beranak???
huhuhuhu
aku nak ucap selamat hari mak kepada semua mak mak yang baca entri nih
aku nak ucap selamat hari mak kat tok aku..mak aku..kakak aku..makcik aku..sepupu sepapat aku..kawan kawan aku..bukan kawan kawan aku..peminat peminat siti nurhaliza..heheh..hangpa ingat aku nak tulih peminat sapa lagi?takkan aku kot..wakaaka
dan yang paling penting..ucapan selamat hari mak
untuk....
AKU
cabaikering...

Friday, May 8, 2009

Selamat Pagi Jumaat..Ni Cerita Paling Baru

Assalamualaikum Semua

Mintak maap...aku tak hupdet lama..aku baru balik pada UK..dua hari lepaih

Aku memang ronda sakan.. cari makan..aku pun teringin jugak nak gemok macam Maria Sabri...
AKu dah bukak kedai..maila jengok kalau hagpa pree...aku tukaq beli bmw..hehee..yang ni aku mimpi saja la..

Aku nak cita sikit.. dalam 2 minggu lepaih..aku ada pi nak pos barang..hangpa tau la..aku meniaga...kena pos barang pi merata... hari tu aku sebok nak pos..biasa aku pi kat USM..tapi hari tu aku singgah kat bayan baru tepi sunshine..

Aku tak boleh masuk parking sana..aku kena parking tepi jalan.. takpa..aku tak kesah..

Aku pun park la keta antik aku... lepaih tu baru aku perasan..aku ada 4 kotak nak angkat... ukoq pi ukoq mai.. 4 kotak tu sama tinggi dengan haku...

Aku nak tinggai 2 satgi hilang pulak.. maka aku pun buat stunt..aku angkat 4 kotak sekali.. aku memang tak nampak apa kat depan.. aku jalan pelan pelan.. neik tangga parit...

Lepaih tu nak kena neik tangga 24 kat pos tu... hmm..memang aku sempat keyra...

Maka aku tau..hangpa nak dengaq cita kata aku jatuh terlentang bukan ka?
Toksah dok syok sendiri..aku tak jatuh...

Tapi aku nak habaq kat hangpa..dalam proses aku dok angkat kotak kotak tu... ada la dalam 7 ekoq anak Adam aku jumpa.. cina melayu india.. semua ada..

Konon negara berbudi bahasa...aku tau la aku tak lawa..kot kot nak kesian tengok aku kering ka.. tengok muka aku kerepot ka... ni langsung depa tak mai dekat..

Maka aku nak mintak hagpa semua anak anak jantan kat luaq sana... tolongla... tolongla membantu kalau hangpa nampak ada orang pompuan susah.. tolong cara elok takdak org nak kata apa... kot kot la esok esok ni mak kakak bini hangpa pulak susah...boleh depa pulak dapat ditolong...

Boleh na? By the way...aku pi Ulu Kelang..bukan United Kingdom..

tankiu

cabaikering...