Wednesday, December 8, 2010

Baguih Punya Laki!

"chek pi market dato kramat sat nah.."


Ada gerup mamu2 kaya dok kat satu kelab ekskLusip lepaih angkat berat kat gim. Tiba2 ada bunyi Iphone4 berdering.. kering kering.. cabai kering… kering kering..

Sorang mamu ni dalam umoq 40lebeh angkat la..

"Hello?"

"Mamu, nie chek nie,"

"Emmm...awat "

"Mamu dok ada kat klub lagi kah??"

"Ha..."

"La ni chek dok ada kat gurney plaza dekat ja dengan tempat mamu tu.. chek baru nampak kein sutera.. merelip mamu.. chek teringin la pulak… boleh kah chek nak beli mamu???"

"Berapa dia letak?"

"Ala mamu.. seribu lima ratuih ja pun"

"O.K. Belilah kalau hang dah berkenan sangat"

"Ahhh tima kasih mamu sayang… lagi satu kan…. Tadi masa chek nak mai sini.. chek singgah la sat kat green lane… kat kedai kereta beysa tu la… tup tup chek terkejut tengok ada Mercedes model baru mamu! Terbeliak bijik mata chek.. tunjuk kat datin sebelah rumah kita mesti terbelah kain dia.. hehehe. Chek suka la mamu.. sajalah kejip mata kat salesman tu.. dia kata dia nak bagi la good perice kat kita.. . . elok jugak kita tukaq buang BMW buruk yg beli tehun lepaih ni… akon tak sejuwk dah..”

"Berapa dia dok offer kat hang?"

" $280,000 ...saja mamu…"

"Ha.. ok hang kata mau harga on the road tau macam tu”

"Mamu ni memang Rajnikanth Bin Shahrukh Khan la! Lagi satu mamu belum chek terlupa..”

"Apa dia?"

"Mamu toksah dok buat terkejut pulak, Chek dah check akaun mamu tadi... lepaih tu kan..... pagi tadi chek singgah sat kat opis ejen rumah Robert sekali chek dapat tau mamu… rumah bangla.. eh bukan.. rumah banglo yang kita dok usha tehun lepaih..... lani dok for sale dah!! Mamu ingat tak ni? Rumah tu la yang ada swimming pool bentuk love tuh, ada taman orkid kat belakang ,dekat tepi batu feringgi. .melecun mamu…kan mamu kan??? "

" Berapa harga depa mintak?"

" Tu la mamu depa bukak murah sangat $740,000... ja…O.K kan mamu, chek dah tengok dalam akaun kita memang boleh cover la banyak tu mamu.. . ."

"Sempoi… beik hang pi kompem cepat.. tapi hang try la mintak $700,000. OK kah?"

"OK, mamu sayang.. I lap you la.. malam ni chek masak kurma dalca kat mamu..!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Mamu tu touch screen END call . . .lepaih tu dia angkat tangan yang dok tengah genggam fon tu.. dia keriau…


Ni SAPA TAU SAPA PUNYA FON NI AKU JUMPA KAT KERUSI NI SAT SAT…MAI AMBIK AMBIK KAT AKU!


‘GEDEBUK’

HAHAHAHHAHAHHAHAHHAHAHAHHAHAHAHHA


...cabaikering..

di olah drpada emel aku dapat sat sat ni versi aku sendiri

Monday, December 6, 2010

Satu Melesia...



aku tak rasa kita patut jadi satu malaysia
pasai aku takut kita jadi macam satu indonesia
memang depa cakap satu bahasa
tapi sekali gaduh depa mein bakaq potong merata

maka toksah la dok merapu...
daripada bising haru biru
perbetoi tang diri sendiri dulu

kalau semua teluih masa kerja
takdak sapa merana
takdak sapa teraniaya
takdak sapa nak kacau hangpa

aku tak setuju satu malaysia
pasai aku tak boleh ubah bangsa
tapi aku boleh jaga budi bahasa

maka berusaha la.. rezeki hak Allah
ni pendapat aku.. hangpa tak suka boleh belah...
keh keh keh


...cabaikering...

Friday, December 3, 2010

Salam Dari Hospitel..

Surat pada hospitel....
Ada sorang ni sakit..
Satu Hari.. Dengan penuh khusyuk dia dok tulih surat..
Lepaih tulih surat.. Dia bok masuk la dalam sampoi
Lepaih tu dia pass la surat tu kat sorang misi..
Orang sakit : "Misi, Misi boleh tolong kah pos sat surat ni?"
Misi : "Boleh. Surat untuk sapa nie?"
Orang sakit : "Surat untuk saya lah..."
Misi : "Ya ka...apa yang ada tulih dalam tu?
"Orang Sakit : "Loh! cik misi ni banyak tanya la plak.Nak tau tunggu la posmen hantaq surat tue besok...barulah aku boleh baca isi dia!"
Misi berlalu sambil geleng kepala.
(PS - Cerita Dari Hospitel Sakit Jiwa)

doakan mereka.. Tianjin Mental Institute..
...cabaikering...

Thursday, December 2, 2010

amboi tiba tiba hang tembuih mai pada mana ni?

(abang abang.. gambaq ni terpandang sekali dah ok.. nak tengok dua kali hangpa tanggung dosa sendiri.. toksah kata aku yang paksa hangpa tengok..)


aku baru perasan
bila orang tengok kedai fesbuk aku..
mesti masuk belog juaimurah aku..
bila masuk belog juaimurah aku..
mesti tertanya sapa la tuan punya kedai lawa ni.. mesti dia pun lawa habih koman macam ashwararai....

maka dia pun kelik la nak tengok profil aku..
bila dah kelik..
apa lagi..

jumpa la cabaikering!


ceh.. malu la plak..
macam jatuh saham bisnes aku
owner dia lagu tuh kah?
sembang pun lebeh kurang..

huhu


lani aku tak tau nak kena sembunyi ka dak belog ni
nak sambung ka dak..
yg aku pasti..
banyak dah yang aku lalu rempuh..


kalau boleh hari2 aku nak mengarut mencarut kat sini..
tp apakan daya..

aku takdak 8 tangan...

ada 8 ringgit saja...
wassalam

...cabaikering.. yg semakin tua.. uhuk uhuk

Tuesday, March 16, 2010

rumah tumpangan batu keraih

laki aku kata

'hang takdak keja lein ka.. yang hang dok pi ungkit cerita lama awat??'

aku kata

'biaq pi la aku kalau ada keja aku tak tulih la pon...'

dia kata

'takpa la.. hang p tulih benda lein..satgi depa baca depa lagi sakit hati dengki.. hang mau kah org tu masuk hospiter .. eh salah.. hang mau kah org dengki lagi?'

aku kata

'aku lapaq sila bawak aku pi makan. terima kasih'

maka aku tak mau bedosa buat benda laki tak suka
mula hari ni aku berenti la cerita pasai benda lama
biaq aku dan laki aku saja yang tau.. wakaka

hari ahad kami pi dok hotel
pasai aku kena notis tak bayaq bil ayaq rm22.20
ceh.. dapat notis saja guna alasan nak dok hotel

takpa..

macam ni
aku ni sebenaqnya..
dah 8 tehun menikah.. kemarin
maka laki aku nak bagi lega telinga kena beletiaq..
dia ampu aku dengan menda ni la

tima kasih nah.. encik adam

aku mcm besa.. jadi peghak la duduk hotel
apa lagi.. mein tangkap gambaq ja la keja aku
tima kasih en philips dr hard rock hotel penang..bagi kek ni kat aku..memang tengah lapaq pun..

gambaq lein malaih la plak nak upload...huhuhu

...cabaikering...

Monday, March 8, 2010

Bagi Pendek Ceghita!

bagi pendek cheghita
baru ni aku pi sekolah Ali Boy.. haghi sukan..
best ja aku dok lompat sappot dia.. kalah budak budak lein lompat tinggi
tahniah ali boy dapat meydel number satu.. mampuih aku lani nak pi katoq lubang gantung besi tu kat ghumah.. adoila...
lepaih dah tau sapa hantu ni..
aku mintak tolong kawan aku..
aku nak pi jugak ghumah dia
tapi dah lupa la alamat dia.. macam mana nak pi pun tak gheti
bagi pendek chegita...
dia tekezut la tengok aku sampai..
aku angkut la apa yg boleh kat ghumah dia.. nak bagi cukup balik duet aku..
masa tu dia janji nak bawak aku pi satu tempat..
aku dengan laki aku tunggu dia.. sat dia mai sat dia blah.. sampai mlm..
tengah malam pukul 12.. dia buat kata dah lambat la..
aku hangin betoi masa tu
kami laki bini keluaq blah mcm tu ja.. menangih aku dalam keta
aku kol kawan aku ni habaq kat dia
naseb beik dia bagi satu kontek ni kat aku soh mintak tolong
Alhamdulillah
masa ni la aku punya sengat dah keluaq
Allah tunjuk jalan kat orang kena penaya
aku dapat teruih lubang nak korek harta karun..
Alhamdulillah
maka beloq aku dok jadi makin laku
kami sevey merata cari tempat nak cari barang
kami merantau sebulan sekali
kesimpulan dia. aku nak tima kasih la kat penipu ni
pasai kalau dia tak buat naya kat aku
aku tak dak kot sampai tahap macam ni
cuma aku kesian kat dia
dia tu bukan sebarang orang.. pandai la jugak
kalau buat bisnes elok2 mesti boleh cepat kaya
tapi setakat berapa ratuih nak pembohong..rugi banyak la....
nasib hang la doyah... (teringat makcik doyah bini ustad wahab best pren mak aku...)
...cabaikering...
p.s. blogger buat pasai tak boleh nak upload gambaq hari sukan.. sob sob..

Thursday, March 4, 2010

Sampai La Jugak..

aku sebokk la plak hari ni
heheh..meniaga terlaku sikit.. Alhamdulillah
sekali aku dok sembang ngan sorg budak celup ni.. nama belakang dia Rossi
dia kata dia suka la pulak baca belog aku! tima kasih puan rossi beli kuda kat kami............ esok ni kalau nak cari gajah ka badak sumbu ka fb saja okeh
tu dia haih! kembang la lubang telinga aku.. hehe.. teruih aku bukak blog nak hapdet..
maka dalam kat 2 minggu lebeh aku tunggu.. sampai la brg brg aku..
ada aku tangkap gambaq tapi aku simpan kat laptop kat rumah.. aku lani dok salah guna harta syarikat :P
sampai 8 pekej.. 2 bijik stroller.. sebijik jeil aka safety gate
lagi satu bakui dengan dua kotak..
dia punya balut baguih kepala dongga!
koyak rabak aku terima.. wakaka
aku bukak satu satu.. setitik setitik ayaq mata aku luruh...
astaga.. dua stroller hat dia bagi pun dah nak dekat patah.. sampai lubang kena puntung rokok pun ada! dah la aku pantang org hisap rokok.. ceh
gate dia lagi baguih.. tak cukup part.. juai kat sapa pun depa tarak mau
yang paling best.. kotak yang aku bukak..
ada la patung patung lembut yang dah serabai kotoq.. aku kenai barang barang tu semua
semua tu ada kat longgok yang aku jumpa kat baglo dia
laki aku kata sabaq cabai.. sabaq.. cuba hang kira satu satu brg tu semua boleh juai berapa
aku pun ambek la sampoea...errr..betoi ka aku eja ni..
kira pi kira mai..terbalik pi terbalik mai..
kalau laku la pun semua brg ni... mau la dapat dalam lima ratuih!!!! (KALAU LAKU)
CELAKA....
cepatla hang kayap buat kat haku macam ni
aku telepon dia banyak kali lepaih tu.. sat neik kapai la.. pi meeting la.. pi sana pi sini..
tak mau nak jawab kat aku dah
dia siap sound kat sms.. dia kata dia tak suka org kalut..
bangang... kalau duit hang la melepaih seribu lima ratuih.. hang tak kalut ka?????? time time ekonomi gawat pulak tu!!
aku pun mengadu la ngan kawan chekgu ni.. kami pun sembang...
sembang punya sembang... rupanya deh ni memang kaki con
kawan aku ni kononya beli pada Z.. AKu beli pada T...
Rupanya.. Z dgn T ni org yang sama!!!
Terkejut kami bila kami perasan.. bila terkejut ni kena rilek sikit...
so aku sambung esok la pulak...
wassalam
...cabaikering...

Wednesday, March 3, 2010

B.R.A.

(bra macam ni memang tak seksi tapi sedap pakai kot)


B.R.A

best friends are like a BRA. you hold them tight to your chest
ha... ni ayat paling baguih yang pompuan tu lempq kat kami
belanja makan
bagi kami lepak kat rumah dia
memang rumah banglo dia duduk (tapi jenih besawang punya)

aku tengok selonggok brg kat rumah dia.. tu dia.. dekat satu bilik la..
dia ada brg comei comei

aku pun jadi peghak.. pilih la tak habih habih
murah ja dia kira kat aku

dia habaq kat aku macam macam
aku pun bagitau kat dia..
aku nak meniaga ni sungguh sungguh
aku baru kena vss
aku sanggup guna duit ni kalau hang nak join dengan aku
dia dok cerita pasai kak dia sorang ni.. kak dia konon nama Z
kakak dia ni hebat. ada hotel 3 4 bijik
ada mersedis 3 bijik bg org kaya sewa
ada kapai
ada tanah
meniaga lintang pukang
macam macam
aku pun neik syok..

aku balik pulau mutiara dengan hidung kembang (macam ada mutiara kat dalam)
aku pun meniaga la.. laku alhamdulillah
dalam pada tu.. dia selalu telepon aku
kawan beik la kira
aku ingat lagi sekali tu dia mintak password email aku
dia kata blog aku tak cantek
dia nak tolong
seb beik aku ada akai lagi masa tu..huhu

sehari tu.. dia telepon aku
dia kata ada lori mau masuk
dia nak guna rm20,000.00 ya..
dia kata dia dah ada 16000. mau lagi sikit
kalau aku mau, dia suruh aku buat list

barang apa aku mau lepaih tu dia mintak aku tambah lagi duet..
aku pun bagitaula apa aku mau
aku masuk la rm1500... sikit hang kata???

dan aku pun tunggu la...

tunggu punya tunggu.. tunggu punya tunggu..tunggu punya tunggu..tunggu punya tunggu..

tunggu la hapdet aku seteruihnya... wassalam..


...cabaikering...

Tuesday, February 23, 2010

Maka... Bermulalah..

aku cari..aku nak tau la jugak
mana depa ni dapat barang barang comei mcm tu..
murah murah pulak tu..
bapak aku sakit makin teruk masa tu.. tapi kami buat cool..
aku bukak blog satu lagi.. bagi senang org nak tengok apa yang aku dok juai
aku pikiaq nama yang macam mana nak bagi gelama ikan.. eh.. bukan.. glamer kedai aku..
dalam dalam dok putaq urat kepala cari aidia..
maka aku pun teringat macam mana aku cukup syok pi penang road zaman dolu dolu
aku suka bila mak aku kata nak pi juaimurah.. pi sana.. beli kein ela.. singgah makan laksa dengan cucoq udang mamak celah kedai. ais manih depa best! ada bijik mata katak.. ya.. itu selaseh.. syok minum nanti sebijik sebijik masuk celah lubang gigi aku yangd ah karat..huhu
maka terbukak la blog
lepaih tu.. aku pun cri telepon sorang sorang org yang meniaga ni
banyak yang tak berapa nak layan. ada yang cakap elok tapi tak boleh nak tolong.. pasai dia bukan along.. dia angah.. wakaka
last last.. jumpa sorang cekgu ni..
dia setuju nak juai kat aku.. tapi barang dia tak la banyak mana sangat...mahai jugak la.. hehehe..
tapi aku ambik la jugak nak bagi hidup kedai aku... alhamdulillah
lepaih dua tiga minggu.. masa tu aku kolumpo. ada kenduri.. masa tu la aku jumpa dr sam ngan maria... aku dapat cakap dengan sorang pompuan ni dari hujung benua..
dia cakap punya la baguih..
dia suruh aku pi rumah dia tengok barang.. ambik barang
aku pun seghonok.. ajak la encik jahat pi... (ya dia memang jahat)
aku bok masuk rmlimaratuih kat akaun pompuan ni
aku plan pi ambik barang kat dia
maka berangkat la aku dengan kereta kuda kami..
okeh.. aku mintak mahap lama tak hapdet.. memang sangkut dengan raya la.. merantau la.. kerja la.. meniaga la.. nasib beik hari ni sempat sikit..
lein kali cabai sambung lein nah!
...cabaikering...